Monday, May 21, 2012

BERTAUBAT GUNA LAGU?

Baru-baru ni aku beli album Maher Zain berjudul Forgive Me.


Tapi sebelum tu aku diperkenalkan dengan lagu The Number One For Me.


Dah 3 juta dah pun views dia YUTIUP.


Ingatkan Forgive Me ni biasa-biasa je lagunya.


Bila dengar-dengar banyak kali memang feeling.


Kata orang tangkap cintan lah(i don't know what is means actually^^)


Memang unsur cintan cintun tu terselit rapat lah.


Wuhuuu, serius ar kalau kalian tengah berintim-intim denganNya,


sila sahaja pasang lagu ni tengah malam sambil duduk di atas karpet


buatan turki itu sambil mengenang memori jiwang bersama Yang Tercinta




Dimudahkan cerita, lagu ni memang menggambarkan seseorang hamba yang benar-benar mahu


kembali kepada Tuhannya setelah berkali-kali bertaubat.


Puas dah bertaubat, tapi terus menerus meminta pertolongan supaya Allah memperkuatkan


hati dan jiwanya untuk menempuh cabaran dan ujian di dunia yang penuh dengan seribu tarikannya.




Mesti pernah kan kita bertaubat.


Tak kisah la dosa besar, micro, kecil, macro, tera, apa-apa sahaja ukuran


dosa kita itu.


Pasti kita akan rasa macam dah last time kita akan buat dosa tu.


Sebab kita dapat rasa kekuatan Allah menjalar dalam


hati kita.


Malangnya pada suatu ketika tak lama lepas tu kita


terbuat semula dosa tu.


Betul kah atau kah salah?


Bagi aku, betul.


Pastu tension sambil duduk atas kerusi plastik menangis-nangis


seorang diri termenung nasib,


entah bila aku akan berubah sepenuhnya.


Kemudian mungkin cakap seorang diri,


"Woi, ko ni pahal suka sangat buat dosa, tak takut azab api neraka ke, buah zaqqum tu bukan makanan kot,  bapak ko tak pernah ke bla bla, mak ko kan selalu pesan bla bla, ust ko siap dah bla bla bla dgn kau, abg ko selalu gile buat bla bla bla dgn ko, tapi..."


T-T


Mesti kalian pernah buat macam yang aku gambarkan di atas.


Dengan kata lain, taubat macam tak nak taubat je.


Buku Dahsyatnya Taubat Nasuha dah habis baca,


buku Ciri-Ciri Orang yang Bertaubat juga dah khatam,


dan macam-macam lagilah usaha untuk menjauhi maksiat dah dilakukan.


Kiranya otak dah full jugaklah dgn ilmu tapi...


Tetapi tetap sama.


Sama seperti sebelum taubat.




JOM kita renung sesaat,


dosa kita sikit sangat ke nak mengadu kata kita ni


dah bertaubat beribu-ribu kali


tapi kenapa iman kita tak mampu tolak tarikan maksiat?


Cuba kira berapa kali sangatlah kita pernah bangun


qiamullail depan Allah tuntut pengampun daripadaNya selama pintuNya dibuka tidak lagi tertutup.


Daripada beribu-ribu hari kita hidup berapa hari


sangat je yang kita sedar bahawa pintu taubat sedang terbuka luas dan lebar!


Selebar ini doi.

tengok bukaan selebar ini memang tak mahu ke masukkan sesuatu ke dalamnya?


I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Chorus:
Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

CHORUS

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to


Yang aku kelabukan first tu,

itu mengambarkan dia sedang diuji,

maknanya dia tengah betul-betul nak buat sesuatu larangan Allah

sebab tak tahan dengan godaannya ataupun tengah down

yang puncanya sebab tak mampu jaga iman dalam hati.

Battle yang dimaksudkan:

Dalam jiwa manusia wujudnya suatu pertempuran dan peperangan jiwa.

Pertempuran yang berlaku itu sebenarnya lebih hebat

serangan dan tempiasnya melebihi peperangan sebenar di medan

perang dan pergelutan perang politik dalam dunia realiti.

Itulah battle kita, dalam jiwa kita ni memang kena battle,

battle untuk pilih yang Al-Haq.

Terpulang kepada kita untuk tambahkan keazaman yang benar-benar

boleh buat kita berubah ke arah lebih baik.

Tak percaya kalian cubalah rasa, memang 

wujud pertempuran jiwa kalian, cuma kalian je perlu lebih

merasainya.


Nak tanya sejujurnya, ada kan?

Mesti ada. Tak kira beriman atau tidak.

Jiwa manusia memang sentiasa bertempur.


Nak baik ke buruk.


Nak lebih baik atau lebih tak baik.


Kemudian perenggan yang kedua tu,

tentang seseorang yang baru nak start from scratch

lepas dosa yang dia dah buat.

Macam new beginning la, kata bertaubat kan maknanya kembali kepada

Allah azza wa jalla.

Tapi yang sukarnya banyak benda menghantui dia,

baju yang dia pakai masa buat maksiat bila dia

tengok semula dia rasa bersalah.

Dia tengok peralatan yang dia guna untuk buat maksiat dia

makin jadi serba bersalah.

Yang paling teruk bila kejahatan tu menghantui diri

dia dalam bentuk fikiran, ingatan, perasaan, dsb.

Cuba bayangkan mesti tension kalau diri kita baru

lepas bertaubat pastu titiba datang lintasan-lintasan jahat

semasa zaman jahiliyyah kita dahulu.

Sedangkan kita dah tinggalkan berkurun lama dok,

cuma tengah cari kekuatan je dariNya untuk

terus istiqamah dan tsabat pada jalanNya...

Waktu ni lagilah terlebih mencabar.

Tapi itulah jalan Islam, yang lurus lagi benar.

Lepas kita tinggalkan alam jahiliyyah kita

kena tahu bahawa berapa lama kita terperangkap

dalam penjara jahiliyyah.

Kalau 10 tahun maka 10 tahunlah kita kena bina semula

hati kita yang tertutup dengan jahiliyyah.

Itu andaian.

Tapi cuba imagine lah kalau 10 tahun kita duduk dalam

keadaan kebanjiran dosa-dosa kolektif kita takkanlah cukup

sekadar kita ambil 5 tahun untuk kita bersihkan diri

daripada segala dosa dan noda.

Sudah tentu kita akan ambil tempoh yang sama untuk

kembali bertaubat kepada Allah.


Part ketiga serius aku suka gila,

sebab time ni kalau realitinya time tu

kita betul2 baru lepas buat dosa.

Perasaannya ketika itu memang sangat berbezalah.

Waktu kita sungguh-sungguh minta ampun kepada Allah dosa-dosa

harian kita, dosa-dosa mingguan kita, dosa-dosa bulanan dan tahunan kita.

Tika terkenangkan dosa nangis mesti teresak-esak kan.

Masa tulah pengharapan kita kepada memang ada pada tahap yang tertinggi

sekali yang kita pernah rasa dalam hidup kita.

Sebab masa tengah menangis-nangis tu kita tahu hidayah tu boleh

datang dan pergi!


Hati berbolak-balik macam tu aje


lagi cepat daripada periuk yg air sedang menggelegak


di dalamnya,

jikalau kita terus lalai dan tak bersungguh-sungguh

berusaha untuk tunjukkan kepada Allah bahawa:

"Akulah hambaMu yang terbaik dengan amal yg terikhlas dan yang paling dicintaiMu"



P/S: Sebenarnya apa-apa lagu je kita boleh ambil utk muhasabah diri kita. Tak semestinya lagu-lagu yang ada unsur islamik dan nasyid je. Boleh je nak ambil lagu seperti Anuar Zain, Bunkface, Aizat, atau siapa-siapa yang kalian minati tetapi bayangkan watak dalam lagu tu ialah Yang Mencintai diri kita selamanya.
Hoit, ingat tau, kalau makin lalai dengar lagu-lagu yang bukan nasyid kononnya untuk muhasabah diri, lebih baik pilih nasyid je. Har3 ^^