Thursday, December 8, 2011

Bagaima Seorang Doktor Merawat Dirinya?

“Bagaimana seorang doktor merawat dirinya?”




Kehidupan ini dipenuhi pesakit-pesakit mental, kronik, cacat, lumpuh, kanser, koma memerlukan kepada doktor-doktor yg berkemahiran tinggi dan berpengalaman bagi merawatnya.

Kita sebagai insan yg sudah nekad menjadikan diri kita sebagai  doktor perlulah menyediakan diri kita untuk menghadapi pesakit-pesakit yg berbagai ragam.

Sudahkan berpenyakit, kemudian merungut pula meminta sesuatu yg tidak layak diminta oleh seorang pesakit.

Seribu pesakit, seribu penyakit.

Sulitnya menjadi seorang doktor...
Jadi jururawat la, mudah sikit kan?
Mudah, tapi tak banyak gaji dan bonusnya!
Jadi, nak kena jadi doktor juga?
Nak dapat ganjaran yang lumayan tak?
Nak..... tapi masalahnya susah lah!
Itulah cabarannya!

Cabaran itu adalah suatu perkara yg amat luar biasa, di mana tidak banyak manusia yg memilih untuk berdamping dengan pesakit yg berjangkit, lebih-lebih lagi yg berpenyakit kronik.

Walaupun manusia sedar akan lumayannya ganjaran menjadi seorang doktor dan mesranya layanan masyarakat terhadapnya.

BANYAK DOKTOR, KESEDARAN TIADA.

Banyak doktor yg sudah ada kesedaran tentang ramainya pesakit yg perlu dirawat.

Tetapi....

Doktor jenis ini lebih gemar memilih pesakit yg kini sedang menunggu nombor untuk berjumpa dengannya bagi mendapatkan ubat yg hanya dapat membantu pesakit dalam jangka masa yg pendek.

Ada juga doktor yang lebih suka memilih untuk merawat pesakit berpenyakit ringan seperti selsema, batuk, demam sedangkan ribuan pesakit kronik yg sedang menunggunya.

Malah yg lebih teruk lagi, ada doktor yg sanggup keluar dari hospital dengan tujuan mencari pesakit yg tiada harapan lagi untuk hidup iaitu penagih dadah tegar, orang yg sedang nazak. Jenis pesakit yg hanya menunggu masa untuk kembali bertemuNya menerima pembalasan.

Kerja-kerja doktor ini pasti dikecam oleh masyarakat yg faham peranan seorang doktor sebagai suatu yg menyedihkan.

Apakah sistem pembelajaran pelajar-pelajar medikal sudah tidak sohih?

Apakah harapan kelangsungan kewujudan manusia masih boleh diletakkan di atas bahu para doktor?

Apakah saki-baki doktor menunjukkan mereka doktor yg berilmu lengkap untuk merawat manusia?

BANYAK DOKTOR, KESEDARAN ADA.

Sama seperti doktor jenis pertama dengan jenis yg ini.

Tetapi, apakah bezanya?

Doktor ini benar-benar fokus untuk merawat DOKTOR-DOKTOR yg sedang sakit kronik, yg mana memerlukan kepada pembedahan yg segera, pembersihan organ-organnya, penyusunan struktur tulangnya dan pelbagai masalah lagi.

Secara logikal, lebih banyak pesakit, lebih banyak doktor yg diperlukan bukan?

Begitulah dengan seorang doktor yg ada akal dan jiwa yg benar-benar sedar, dia tentu akan merawat doktor-doktor yg sedang sarat memikul nikmat sakitnya.

Kerana bagi seorang doktor, apabila doktor-doktor yg sedang sakit juga tidak merawat manusia lain, adalah menjadi suatu kerisauan dan kebimbangan buatnya.


PERSOALANNYA...
Berbalik kepada fokus, bagaimana seorang doktor yg sihat merawat dirinya supaya tidak berpenyakit seperti pesakit-pesakitnya?

Seterusnya dapat melangsungkan penerusan kerja-kerja merawatnya dengan lancar?

Sedangkan dia teramat sibuk dalam lautan pesakitnya!

Persoalan ini, anda yg bergelar doktor yg benar-benar sedar, waras, dan matang tentu dapat menjawabnya!


Sudah bersedia utk menjawab?


Selamat Mencuba! (^-^)










*Sumber Inspirasi: Isti'ab - Ustaz Dr. Fathi Yakan*

Saturday, November 5, 2011

Istimewanya 20 saya sebaik-baik hari di dunia - Hari Arofah

Alhamdulillah, sejak usia 14 tahun lagi saya mahu menulis

Akhirnya pada hari ini tercipta blog ini

InsyaAllah ia akan menjadi alat untuk memajukan diri saya

...Seterusnya memberi manfaat yg besar kepada masyarakat dan ummah

Hari Teristimewa Buatku DariNya...