Sunday, April 29, 2012

BACALAH WAHAI UMAT ISLAM


Membaca sebuah novel Islami bersamaan menonton 1000 filem filem jahiliy(dari sudut manfaatnya).


Setuju?


Katakan setuju kerana anda sudah sesat berkiblatkan Barat. Anda tengok Barat buat anda buat. Anda sudah menonton mungkin beribu filem(pelbagai genre) sepanjang hidup lalu dan anda masih tak berubah?
Anda masih org yg sama. Benar?



Ataupun anda sudah berubah tetapi perubahan itu timbangannya adalah apa yg anda belajar drpd filem2 kegemaran anda, channel kegemaran anda, manusia kegemaran anda.



TV. Filem. Internet. iPhone. iTab. iPad. Segala mcm yg dicipta oleh org non-Muslim boleh beri manfaat jika Muslim itu sendiri berkiblatkan Islam apabila menggunakannya.

Tetapi antara tujuan dicipta alat2 itu adalah utk merosakkan lagi manusia. Ternyata manusia semakin rosak. Yang lebih sedih ialah apabila kawan-kawan Muslim sendiri termasuk dlm kaum yg dirosakkan oleh alat2 berteknologi yg tiada nilainya disisi Allah.

GUNALAH DENGAN BIJAK ALAT-ALAT YG BOLEH MEMBANTU KITA MENJADI HAMBANYA YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI HAMBANYA YG TERBAIK YG BEROLEH REDHANYA.

Lalu apa yg saya mahu sarankan kepada anda?



*******





IQRA'.

Iqra' ialah kata laluan utk membuka alam Islam bagi yg berada dlm alam kejahilan.

Tahukah anda 40% daripada umat Islam hari ini yg berusia 15 tahun ke atas buta huruf.

Terkejut?

Meh sini saya beri lebih kejutan.

Tahu makna buta huruf?

Buta huruf bermakna tidak tahu apa itu surah, bab, chapter, perenggan, fasal, dll.
Juga bermakna tidak tahu apa itu ABC & alifbata.
Juga bererti tidak tahu apa itu huruf, perkataan, ayat.

Anda sedang sedih dan risau?

Itu tak sedih lagi kalau anda nak tahu.

Meh sini saya bagi yg sedih lagi menyedihkan.

LEBIH menyedihkan, baki 60% umat Islam yg mampu membaca hanya tahu Iqra' itu adalah huruf-huruf yg dihimpunkan menjadi satu perkataan.
Perkataan-perkataan yg dicantumkan menjadi ayat.
Ayat-ayat pula disatukan membentuk perenggan.
Dan seterusnya diintegrasi membentuk sebuah cerita.

Tidak lebih daripada itu..


Saya nak nyatakan sesuatu,

anda jangan marah pulak,

kalau anda marah lagi saya marah balik (^0^)

baca elok-elok apa yg saya nak tulis ni,

terimalah realitinya,



" UMMAT IQRA' LA TAQRA' AL-YAUM " 

" UMMAT IQRA' LA TAQRA' AL-YAUM " 

" UMMAT IQRA' LA TAQRA' AL-YAUM " 

" UMMAT IQRA' LA TAQRA' AL-YAUM " 

" UMMAT IQRA' LA TAQRA' AL-YAUM " 

(memang ni je font yg paling besar boleh buat Uncle Blog?)






JOM saya mahu ajak anda ke suatu pesta yang sangat best,


pesta yang mampu mengumpulkan beribu manusia dari seluruh pelusuk dunia.




JOM ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL) di PWTC!


Cari saja buku yang anda mau, semuanya pasti ada disana.




MARI KUATKAN BACAAN, KURANG PERFILEMAN!


peace yao ^^

Wednesday, April 18, 2012

OVERVIEW BUKU HARI-HARI DALAM HIDUPKU

Hai anda semua? Assalamualaikum!

Sihat?

Insya-Allah bila turut serta menjadi warga umat Iqra', maka anda adalah sebahagian daripada umat yg terbaik. Umat Iqro'! : )


Baru2 ini telah saya habiskan sebuah novel lagi. Alhamdulillah.

Nikmatnya membaca...

Novel kisah benar pulak tu.

Fuh, awesome sangat2.

Novel ini ditulis oleh seorang srikandi yg sgt istimewa, itulah beliau Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.



Serius kagum gila dgn beliau.

Kalau anda tak kenal beliau tak tahu la saya nak cakap apa.

Serius, kalau anda mengaku anda seorg Muslim lebih2 lagi Muslimah, anda WAJIB mengenali beliau!

Insya-Allah anda akan tahu mengapa saya berkata begitu hanya selepas anda membaca habis buku ulungnya,




Ni original, Arabic version. Tulisan beliau sendiri.





BM version, yg baru saya hadam & telan.




Subhanallah, sgt kagum dgn qudwahnya.

Dalam entri ni insya-Allah saya akan ceritakan dgn ringkas, kemudian anda harus membelilah ye!

Pesta buku nak dekat dah. Dapatkan disana.

KLIBF here I come! =)



Ok, cadangan utk membaca novel kisah benar ini adalah drpd seorg akh apabila kami waktu itu sedang tadabbur ayat 8 Al-Buruj. Dia mencadangkan supaya membaca buku ini yg katanya memang superb dalam pembuktian ayat surah Al-Buruj tersebut.


Lalu suatu ketika yg lain pula, saya sedang berjaulah bersama sahabat-sahabat kelas saya di UM Nilam Puri, saya lihat ada seorg ukht juga membaca buku ini. Lalu saya amat tertarik utk membelinya.

Sem 3 & 4 saya cuba mula membacanya namun takdir Tuhan mengatakan ada perkara yg lebih penting utk diselesaikan.

Saya sangkakan ujian-ujian yg dtg semasa sem 3 & 4 berat, rupanya saya temui jawapannya dlm buku yg berharga ini.

Sedangkan saya amat ghairah utk membacanya.

***

Alhamdulillah, kini Allah beri peluang utk membina fikrah dalam masa cuti menunggu utk menyambung Ijazah Dasar Usuluddin di Universiti Malaya.

Di kesempatan inilah saya menghabiskan buku yg punya kurang drpd 400 muka surat ini.


***


Sememangnya saya sgt suka filem-filem yg bertemakan penjara. Taktau kenapa. Sebab ada unsur keadilan kot.

Bagi saya, inilah 'filem' yg paling best saya pernah imaginasikan kerana ia mengukir satu lembaran sejarah seorang srikandi Islam selepas kesunyian drpd mujahidah muslimah sejak generasi Al-Quran terdahulu.

Jika saya seorang penerbit filem, maka cerita inilah yg pertama saya filemkan!
Sebab itu saya amat meminati bidang fotografi & videografi : )

Contohnya sprt Saidatina Khadijah, Aisyah, Ummu Sulaim, Sumayyah, Nusaibah r.anhum yg amat terkenal dgn pengorbanan & ke-osem-man mereka dlm menanam ruh Islam di dalam jiwa-jiwa jahiliyah pada zaman kenabian itu.



Tetapi yg menambahkan kekaguman saya  berbanding mereka-mereka ialah:
1) Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili(ZAG) seorang wanita yg bergelar ibu dan isteri.
2) Beliau hidup di zaman pemodenan, lebih banyak onak duri dlm dunia masyarakat dunia.
3) Disiksa penuh kejam seperti lelaki, malah kadang2 seolah-olah diseksa sprt haiwan yg tidak berakal.

Banyak lagi yg ingin saya katakan tentang beliau, tetapi ini adalah perbandingan dgn tokoh2 generasi nubuwwah yg telah saya nyatakan sprt di atas.



*******


Dalam buku ini beliau macam Most Wanted Solehah Criminal.


Zaman pemerintahan JAN la.


Pergh serius tension gilo si mamat2 tentera uh!

Sebab tentera paksa dgn seribu satu cara utk dia mengaku bahawa dia & ahli IM merancang siri pembunuhan terhadap Jamal Abdul Naseer(JAN) tetapi beliau tetap tegas dgn pendirian beliau bahawa itu satu pembohongan para pendukung kebatilan.

*******

Kalaulah saya boleh memilih utk menjadi salah satu drpd karakter-karakter dlm novel ini,

maka saya mahu jadi,

Saya harap dapat jadi askar yg ditarbiyah Syed Qutb dan terbunuh kerana menolong ZAG.

Tentera tu sebenarnya ditugaskan utk turut menyeksa ZAG.

Tapi sebab tentera tu sangat kesian dan berhati nurani maka dia lepak je.

Siap minta nasihat lagi dekat ZAG.

Tapi ZAG cakap, kalau kamu betul nak beriman, kamu terimalah ancaman dan penyeksaan drpd syabih2 JAN.

Lalu masa Shams Badran(ketua talibarut) datang dia tengok tentera tu tak seksa pun ZAG, maka dia mengarahkan tentera lain membunuhnya.

ZAG tahu-tahu je dia dah kena bunuh dgn rejim JAN.


*******


ZAG tewaskan anjing buas(salah seorg tentera gila seks) yg nak rogol dia ialah babak yg paling puas hati.

Sbb time tu beliau nak defend dirinya, lalu dia cekik ke gigit, tak ingat.

Tapi time baca tu macam "Ah Deng, ah amek kau amek kau"

Macam itulah perasaan bila baca seseorang yg nak dirogol lalu dia menyerang dan perogol tu takut dan berambus.

*******

Terus terang saya cakap buku ni bosan utk org yg mengharapkan flow cerita yg best, naik turun ada klimaks dan mcm2 lagi yg menarik minat org utk baca.

Utk buku ni sorrylah, flow dia statik je.

Kata true story kan.

Lagi satu,

Buku ni memang mengajar erti hadis Nabi:

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”

(Hadis Riwayat Muslim)


ANDA MAHU BACA FULL STORY?



Wanita Pejuang Islam : Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Salam, heyyyooo semua!


hehe :)


Ni bukanlah full-story nye, tapi hampir2 full la.
(KALAU ANDA TENGAH NAK CEPAT, OR MEMANG JENIS PEMBACA YG BERSIFAT PEMALAS DAN NAK ISI-ISI CERITA JE, SILAHKAN BACA YG BOLD JE DULU, HUHU)


Kalau nak full boleh...
 tapi beli la bukunye. hoho


Saya suka utk memetik beberapa potong perenggan drpd novel yg saya nangis 2 kali kerananya. hoho


Takleh bagitau la scene yg mana.


Itu saya dgn Allah.


Tapi saya pasti jika anda yg berjiwa Muslim serta Mukmin, pasti akan menangis di mana-mana bahagian dlm buku ini mengingatkan tentang kuatnya iman beliau, jauh sangat kita dengan beliau.


Kadang-kadang bila baca rasa macam tak percaya ada lagi manusia yg macam ZAG.


Seperti Srikandi Islam di zaman kenabian Rasulullah s.a.w.


*******


"Wahai suamiku yg mulia, ingatkah engkau, tatkala kita bersetuju utk melangsungkan perkahwinan, apakah yg aku ucapkan kepadamu pada hari itu?" tanyaku apabila beliau mula menyelidiki secara mendalam.


"Ya, kamu mensyaratkan beberapa syarat. Tetapi pada hari ini aku bimbangkan gangguan drpd pihak taghut terhadapmu," jelasnya.


Kemudian beliau diam dan menundukkan kepalanya.


"Aku masih ingat lagi apa yg telah aku katakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yg wajib kau ketahui, kerana kamu akan jadi suamiku. Selagi kamu bersetuju berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut, supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini. Aku adalah pemimpin Jama'ah Muslimat dan ini adalah benar. Tetapi kebanyakan orang menganggap aku mengikuti prinsip politik Parti Wafd. Itu tidak benar...


Ni jawapan drpd ZAG apabila ditanya suaminya samada IM masih aktif walaupun dlm tribulasi yg besar.


Ade lagi,


bukan itu aje,


tengok ni jawapan dia lagi superb!




...Apabila berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku, dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berada di persimpangan jalan.


"Pada hari itu kamu tundukkan kepala, kemudian mengangkat kembali dengan linangan air mata, lalu kamu berkata: 'Apa yg kamu mahu utk masa kahwin? Kamu tidak meminta apa-apa, cuma syaratnya aku tidak menghalangmu berjihad di jalan Allah....


"Alhamdulillah. Akhirnya kita bersetuju utk bernikah di tengah-tengah tribulasi IM pada tahun 1948 sebelum syahidnya Al-Imam Hasan Al-Banna. Sedangkan sebelum ini, aku memutuskan utk membujang sepanjang hayat bagi mewakafkan seluruh hidupku hanya dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku drpd berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahidin, janganlah kamu bertanya apa yg aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya. Terimalah hakikat ini sprt seorg lelaki yg bernikah dengan seorg wanita yg berumur 18 tahun yg menyerahkan dirinya utk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam. Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak di segenap diriku," kataku dengan panjang lebar utk mengingatkannya kepada syarat yg pernah kami persetujui.




Pergh serius osem sangat!


Tau kenapa?


Meh sini saya ulangtayang semula...


Cuba anda bayangkan sepasang suami isteri tengah konfelik2 penik2 gadoh2 macam kucaing anjaing, then si isteri cakap cenggini:




"...Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahidin, janganlah kamu bertanya apa yg aku buat..."






Sumpah cam mafia pun ade gak si bini dia, macam mengarah supo Queen Control kan?


Tapi cam mafia tu dinafikan bila dia menegaskan prinsip yg sgt penting dlm sesebuah perkahwinan, baca skrip ni:




Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya. Terimalah hakikat ini sprt seorg lelaki yg bernikah dengan seorg wanita yg berumur 18 tahun yg menyerahkan dirinya utk berjihad pada jalan Allah dan pembangunan daulah Islam.




Wah, Romantiko nye! hoho


Sapa tak teringin dapat bini macam ni I can say, hey brotha, dalamilah lagi Islam sampai awok tahu betapa tinggi dan bernilainya harga Islam dan Iman sehingga kita tahu kenapa kita sibuk nak mempertahankannya.


Ada lagi ayat pedih utk semua dia,
subhanallah dia sumpah 30 kali ganda lebih fewiiiiit!


Masa tu ZAG ungkit balik janji2 n syarat masa kahwin tu, antaranya yg saya tulis di atas. Ni moment paling suci, murni, kobabom! ZAG jawab:




"Pada hari aku pinta supaya kamu menyempurnakan janjimu. Janganlah kamu bertanya siapakah yg akan ku temui dan aku memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan pahala jihadku dibahagi dua antara kita sebagai kurnia drpd Allah s.w.t., apabila dia menerima amal dan usahaku," kataku.




Ah dang gile kot!
Kalau anda jadi suaminya, happy tak?


tahu tak apa pahala jihad?


APA?


Tak tau menau???
Search sendiri lah! Google sedia membantu dimana saja anda berjihad.


huhu


Belum habis lagi, di DF lagi suaminya:


"Aku tahu bahawa, adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku utk memberi taat setia kepadamu. Tetapi, di dalam jiwa kita, Allah lebih besar drpd diri kita. Dakwah Allah lebih mahal drpd diri kita. Kita sedang berada pada suatu marhalah(tahap) yg penting dan genting, di dalam marhalah dakwah," kataku lagi.




Suaminya pun reply dalam keadaan teramat humble:




"Maafkan aku. Bekerjalah, semoga Allah memberkatimu. Mudah-mudahan aku hidup lagi sehingga tercapainya tujuan IM dan terbuktinya cita-cita Islam dengan tertegaknya daulah Islamiah. Alangkah bahagianya hidupku pada zaman muda ini kalau aku dapat bekerjasama dengan kamu," kata suamiku.




Mantap tak?


Tak??


Tak awok cakap?


Tak mantap pun tetap awok kena cakap mantap ok?


Sebabenye, ini blog saya! huhu


ok kita sambung lagi.


Tadi babak super duper jiwang dan romantiko Islamik.




*******




Ini pula,


antara kekejaman Jamal Abdul Naseer(JAN, Presiden ke-2 Republik Mesir):


Apabila ahli ikhwan ada yg ditangkap semasa sedang berlangsung majlis pernikahannya mereka dicekup tentera rejim zolim beliau(JAN).


Ada ke patut time nikah2 tangkap, kalau ye pun tunggu la dulu habis nikah. ish3, tak berperikehumanityan langsung.


Malah siapa sahaja yg dilihat melaksanakan solat juga ditangkap.


Bapak ah! Memang buat saya marah! Rarr


then baca apa ZAG kata:




"Sesungguhnya bangsa Tartar yg menyerang umat Islam tidak pernah melakukan sprt yg telah dilakukan oleh JAN dan syabihnya(talibarutnya). Bangsa Rom juga tidak pernah berbuat demikian semasa Mesir belum berada di bawah pemerintahan Islam. Rejim JAN ini seolah-olah membuatkan kita lupa dosa kita para penjahat dahulu kala dalam sejarah manusia seluruhnya," kataku.




Sebab itulah buku nye dalam versi Inggeris berjudul: Return to the Pharaoh














Firaun kembali semula selepas beribu-ribu tahun telah tertanam dan diawetkan.


Firaun yg dimaksudkan ialah JAN lah, Jamal Abdul Naseer.




*******




Satu part yg mengandungi makna yg dalam ttg dakwah Islam & aplikasinya dlm skrip berikut,


masa ni baru lepas kena sebat2 semua, then investigator tu request dia kopi dia tak mau,


then org kejam zolim tu memaksa apa yg mereka sepakati(pihak JAN & ZAG)


dia suruh ZAG tulis atas kertas


inilah yg ditulis beliau:




"...Setelah kami mengkaji dengan mendalam, kami memutuskan untuk menyusun kembali barisan IM dlm segala segi. Kami mula bekerja sedikit demi sedikit, berusaha secara terus-menerus mengumpulkan batu bata utk bangunan iman pemuda-pemuda Islam yg layak, yg telah hilang di tengah gejolak masyarakat jahiliah. Kami juga telah menetapkan bahawa perlaksanaan rancangan ini memerlukan masa 13 tahun. Selepas itu kami akan menghapuskan sistem Republik  ini. Tetapi apabila kami dapati golongan mukmin yg berpegang dengan prinsip-prinsip Islam kurang 25%(maknanya baki yg tak berpegang dgn Islam kurang drpd 25%), kami akan memeriksa kembali sistem tarbiah ini dan menambah masa selama 13 tahun lagi sehingga seterusnya buat kali ketiga dan keempat. Apabila perangkaan menunjukkan mukmin yg beriltizam mewakili 75% rakyat jelata, ketika itu kita akan menyeru kepada penubuhan daulah Islamiah..."


Banyak lagi yg ditulis oleh ZAG yg menunjukkan keberaniannya dalam meninggikan Islam meskipun dalam penjara tentera yg penuh dengan anjing2 JAN.


Tiada satu perkara pun yg disembunyikan oleh ZAG ttg IM, malah ZAG menyatakan apa yg IM dan sayapnya Jama'ah Muslimat perjuangkan.


Itulah yg menakutkan rejim JAN kerana mereka adalah sekutu Barat terutamanya Amerika Syirik-cut.




*******




Babak ni pun sama.


Ketika disiasat dan dituduh dia rancang nak bunuh JAN dia jawab:


"IM mengambil Islam sbg akidah mereka, mengkaji sumbernya, meneliti asal usulnya yg disampaikan drpd Allah s.w.t. kepada hamba dan Rasulnya Muhammad s.a.w.. Kehidupan mereka hanyalah untuk Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Bumi ini menurut pandangan Ikhwan mempunyai nilainya yg tersendiri. Bumi ini selama-lamanya utk Islam dan tempat berjihad di jalan Allah. Mereka memerdekakan bumi ini kerana Allah s.w.t., seperti mereka mereka memerdekakan manusia ini kerana Allah. Mereka mengembalikan bumi ini hanya untuk Allah seperti mengembalikan manusia hanya kepada Allah.


(Dahsyat kan ZAG dakwah syabih2(talibarut2) JAN, tapi hati batu takleh nak terima satu apapun drpd dakwah ZAG)


...Ketika Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, Baginda tidak memerdekakan bumi ini terlebih dahulu sebelum menyeru manusia kepada tauhid. Baginda tidak menyeru utk memperbaiki masyarakat terlebih dahulu, kemudian baru memanggil kepada tauhid. Baginda juga tidak menyeru manusia supaya membahagikan harta dengan adil kemudian baru memanggil manusia kepada tauhid. Demikian juga Baginda tidak menyeru utk melakukan pembaikan (islah) kecil-kecilan.


Kalau anda nak tahu dengan lebih jelas apa yg dimaksudkan oleh ZAG di atas, anda mesti mendapatkan buku Ma'alim Fi At-Toriq(Petunjuk Sepanjang Jalan) tulisan Asy-Syahid Syed Qutb.










*******

ANJING LEBIH BAIK DARIPADA TENTERA

Anjing pada pandanganku mempunyai perasaan yg lebih halus drpd mereka. Malah lebih tinggi dan lebih mudah mengerti drpd mereka yg membuat soal-siasat. Setiap kali aku ditahan bersama anjing-anjing itu, aku dapat rasakan bagaimana dalamnya perasaan keganasan mereka dan bagaimana hinanya aku diperlakukan sedemikian rupa. Tetapi perkara itu tidak mengerikan aku, malah aku lebih senang tinggal bersama anjing-anjing itu drpd tinggal bersama Shams Badran, Hamzah atau Jalal(talibarut2 JAN) walaupun buat seminit.

*******




Babak ini pula menunjukkan kekufuran mereka mendewakan JAN, JAN bagaikan wali je dorang buat.


Sumpah siap dengan nama JAN lagi. Miskin.. Miskin...




Lepas ZAG dipindahkan drpd satu bilik ke satu bilik penjara yg lain,


penyeksaan penjara api, air, anjing, tikus, ular, sebatan, sepak terajang, pukulan,


ada sekali tu dia dihumban ke dalam Bilik Nombor 92.


Skrip dlm bilik tu, lepas sebat2 ZAG macam syaitonirrojim:


Shams Badran paksa dia tulis bahawa IM rancang pembunuhan JAN, ZAG balas,




Shams Badran: Tulislah wahai bint Al-Ghazali.


ZAG: Aku tidak akan tulis apa-apa kecuali yg benar saja.  Sekiranya kau mahu membunuhku, bunuhlah! Kematianku adalah syahid, ditulis di sisi Allah s.w.t., InsyaAllah.


Hasan Khalil: Kami tidak mengizinkan kamu mati syahid.


ZAG: Sesungguhnya mati syahid itu terserah kepada Allah. Apabila Dia hendak mengurniakannya kepada seseorang, dia akan memberikannya.


Shams Badran: Gantung dia, Sofwat. Sebat dia 500 kali supaya dia mengenali siapa Tuhannya.






Ok, jelas?


Nampak tak kejam tak kejam dorang aniaya dan zalimi seorang wanita.


500 kali tu bukan sekali ok?


Drpd 6 tahun dia tinggal dalam penjara entah berapa PULUH RIBU kali dia disebat + didera + diseksa + dizalimi.












OK wait, saya tahu anda nak cakap muka dia macam tak baik kan?


Macam memang jahat kan?


Eh, eh, tu cengkung apa semua semua sebab si penyeksa2 yg berhati haiwani tau.


Bagi saya wanita ini adalah wanita yg amat suci kerana dialah manusia yg bergelar wanita pada zaman moden ini yg benar-benar menyeru manusia kepada Allah dan menaikkan agama Islam yg suci, tinggi lagi agung!


Dengan tegas saya menyatakan.


Nak tengok wajah beliau semasa dlm tahanan.


Masa awal-awal masuk penjara muka dia masih molek sebab tentera tak start belasah dia lagi.








Wajah seorg srikandi Islam yg dimuliakan Allah



*******


Ok, sbb yg buka entri ni nak tahu jugak full-story,


saya bermurah hati utk membongkar sorotan peristiwa ZAG,


Terimalah....





1936
Penubuhan Jama’ah Muslimat

1937
-Pertemuan dengan Imam Hassan Al-Banna
-Berbaiah dengan Ikhwan al-Muslimin

Feb 1949
Pembunuhan Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna Oleh Menteri Pertahanan Mesir

1954
Perintah hukuman gantung ke atas Abdul Kadir Audah dan Syeikh Muhammad Fargali (seorang ulama’ Azhar yang wara’)

Feb 1964
-Terlibat dengan  kemalangan jalan raya yang dirancang oleh Jamal Abdul Nasser
-Mendapat perintah untuk pembubaran Jama’ah Muslimat
-Jama’ah Muslimat menolak pembubaran itu
-Mendapat tawaran menjadikan Jama’ah Muslimat sebagai agensi Parti Sosialis

5 Ogos 1965
-Penangkapan Sayid Qutb bersama 100,000 orang pemuda Ikhwan Al-Muslimin

20 Ogos 1965
-Penangkapan Zainab Al-Ghazali

1966
-Hukuman gantung ke atas As-Syahid Sayid Qutb dan dua orang sahabat Ikhwan Al-Muslimin

1971
- Zainab Al-Ghazali _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ (misteri, jeng3 kena baca sendiri ^^)



HARI-HARI DALAM PENJARA
Pernah diberi makanan roti yang dilumuri najis manusia.
  - Beliau tidak makan selama tujuh hari

Digantung dan disebat sebanyak ratusan kali setiap hari

Dimasukkan ke dalam penjara berisi air
  - Jamal Abdul Nasser memerintahkan beliau disebat 1000 kali dalam sehari dan 10 kali sebatan untuk satu gerakan.
  - Beliau bertayamum dan bersolat walaupun terpaksa disebat

Dua ekor anjing liar dan buas dilepaskan ke dalam sel
-Anjing-anjing itu menggerumuni dan bergantungan di kepala beliau semasa beliau ruku’ dan sujud
-Anjing-anjing itu mencakar muka dan kepala beliau
-Selepas 1jam baru dikeluarkan

Jamal Abdul Nasser menghantar lelaki yang ganas dan bengis untuk memperkosa Zainab Al-Ghazali
- Zainab Al-Ghazali diberi kekuatan oleh Allah dengan menggigit leher lelaki tersebut sehingga mati
Tikus-tikus lapar
-Tikus-tikus lapar dilepaskan ke dalam sel ketika beliau sedang solat
-Tikus-tikus tersebut tidak menggigit beliau tetapi keluar melalui celahan lubang- lubang

Mimpi bertemu dengan Rasulullah
-Beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah bersama-sama baginda ialah Hassan Al-Hudaibi dan Saidatina Aisyah r.a

Suami meninggal dunia
- Suaminya dipaksa dan ditekan oleh konco-konco Jamal Abdul Nasser dengan 2 pilihan:
  - Mentalakkan Zainab Al-Ghazali
  - Dipenjara
-Suaminya ditangkap ketika menderita sakit dada dan dipenjarakan




Anda nak tahu endingnya?

Samada dia syahid atau dia berjaya menjadi mulia sbg seorang daie seumur hidupnya?

Saya taknak koba kepada anda.

FULLSTOP.

FULLSTOP.

Eh eh, nak bukak tab Google?

Nak search endingnye?

Heh, bukak le, saya tak kisah pun.

Meskipun anda dpt tahu happy endingnya(alamak kantoi, sgt klise), anda takkan merasai apa yg dirasai beliau jikalau anda tidak membaca buku tulisannya.

Dapatkan di pasaran sekarang di kedai buku berdekatan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumbur 2012 pun nak dekat dah, 27 April-6 Mei ni je.

Apa lagi? Beli jangan tak beli.

Kalau kehabisan stok, cari PDF di Google.

Hehe


“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa”.
(Al-An’am:153)