Wednesday, April 18, 2012

OVERVIEW BUKU HARI-HARI DALAM HIDUPKU

Hai anda semua? Assalamualaikum!

Sihat?

Insya-Allah bila turut serta menjadi warga umat Iqra', maka anda adalah sebahagian daripada umat yg terbaik. Umat Iqro'! : )


Baru2 ini telah saya habiskan sebuah novel lagi. Alhamdulillah.

Nikmatnya membaca...

Novel kisah benar pulak tu.

Fuh, awesome sangat2.

Novel ini ditulis oleh seorang srikandi yg sgt istimewa, itulah beliau Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.



Serius kagum gila dgn beliau.

Kalau anda tak kenal beliau tak tahu la saya nak cakap apa.

Serius, kalau anda mengaku anda seorg Muslim lebih2 lagi Muslimah, anda WAJIB mengenali beliau!

Insya-Allah anda akan tahu mengapa saya berkata begitu hanya selepas anda membaca habis buku ulungnya,




Ni original, Arabic version. Tulisan beliau sendiri.





BM version, yg baru saya hadam & telan.




Subhanallah, sgt kagum dgn qudwahnya.

Dalam entri ni insya-Allah saya akan ceritakan dgn ringkas, kemudian anda harus membelilah ye!

Pesta buku nak dekat dah. Dapatkan disana.

KLIBF here I come! =)



Ok, cadangan utk membaca novel kisah benar ini adalah drpd seorg akh apabila kami waktu itu sedang tadabbur ayat 8 Al-Buruj. Dia mencadangkan supaya membaca buku ini yg katanya memang superb dalam pembuktian ayat surah Al-Buruj tersebut.


Lalu suatu ketika yg lain pula, saya sedang berjaulah bersama sahabat-sahabat kelas saya di UM Nilam Puri, saya lihat ada seorg ukht juga membaca buku ini. Lalu saya amat tertarik utk membelinya.

Sem 3 & 4 saya cuba mula membacanya namun takdir Tuhan mengatakan ada perkara yg lebih penting utk diselesaikan.

Saya sangkakan ujian-ujian yg dtg semasa sem 3 & 4 berat, rupanya saya temui jawapannya dlm buku yg berharga ini.

Sedangkan saya amat ghairah utk membacanya.

***

Alhamdulillah, kini Allah beri peluang utk membina fikrah dalam masa cuti menunggu utk menyambung Ijazah Dasar Usuluddin di Universiti Malaya.

Di kesempatan inilah saya menghabiskan buku yg punya kurang drpd 400 muka surat ini.


***


Sememangnya saya sgt suka filem-filem yg bertemakan penjara. Taktau kenapa. Sebab ada unsur keadilan kot.

Bagi saya, inilah 'filem' yg paling best saya pernah imaginasikan kerana ia mengukir satu lembaran sejarah seorang srikandi Islam selepas kesunyian drpd mujahidah muslimah sejak generasi Al-Quran terdahulu.

Jika saya seorang penerbit filem, maka cerita inilah yg pertama saya filemkan!
Sebab itu saya amat meminati bidang fotografi & videografi : )

Contohnya sprt Saidatina Khadijah, Aisyah, Ummu Sulaim, Sumayyah, Nusaibah r.anhum yg amat terkenal dgn pengorbanan & ke-osem-man mereka dlm menanam ruh Islam di dalam jiwa-jiwa jahiliyah pada zaman kenabian itu.



Tetapi yg menambahkan kekaguman saya  berbanding mereka-mereka ialah:
1) Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili(ZAG) seorang wanita yg bergelar ibu dan isteri.
2) Beliau hidup di zaman pemodenan, lebih banyak onak duri dlm dunia masyarakat dunia.
3) Disiksa penuh kejam seperti lelaki, malah kadang2 seolah-olah diseksa sprt haiwan yg tidak berakal.

Banyak lagi yg ingin saya katakan tentang beliau, tetapi ini adalah perbandingan dgn tokoh2 generasi nubuwwah yg telah saya nyatakan sprt di atas.



*******


Dalam buku ini beliau macam Most Wanted Solehah Criminal.


Zaman pemerintahan JAN la.


Pergh serius tension gilo si mamat2 tentera uh!

Sebab tentera paksa dgn seribu satu cara utk dia mengaku bahawa dia & ahli IM merancang siri pembunuhan terhadap Jamal Abdul Naseer(JAN) tetapi beliau tetap tegas dgn pendirian beliau bahawa itu satu pembohongan para pendukung kebatilan.

*******

Kalaulah saya boleh memilih utk menjadi salah satu drpd karakter-karakter dlm novel ini,

maka saya mahu jadi,

Saya harap dapat jadi askar yg ditarbiyah Syed Qutb dan terbunuh kerana menolong ZAG.

Tentera tu sebenarnya ditugaskan utk turut menyeksa ZAG.

Tapi sebab tentera tu sangat kesian dan berhati nurani maka dia lepak je.

Siap minta nasihat lagi dekat ZAG.

Tapi ZAG cakap, kalau kamu betul nak beriman, kamu terimalah ancaman dan penyeksaan drpd syabih2 JAN.

Lalu masa Shams Badran(ketua talibarut) datang dia tengok tentera tu tak seksa pun ZAG, maka dia mengarahkan tentera lain membunuhnya.

ZAG tahu-tahu je dia dah kena bunuh dgn rejim JAN.


*******


ZAG tewaskan anjing buas(salah seorg tentera gila seks) yg nak rogol dia ialah babak yg paling puas hati.

Sbb time tu beliau nak defend dirinya, lalu dia cekik ke gigit, tak ingat.

Tapi time baca tu macam "Ah Deng, ah amek kau amek kau"

Macam itulah perasaan bila baca seseorang yg nak dirogol lalu dia menyerang dan perogol tu takut dan berambus.

*******

Terus terang saya cakap buku ni bosan utk org yg mengharapkan flow cerita yg best, naik turun ada klimaks dan mcm2 lagi yg menarik minat org utk baca.

Utk buku ni sorrylah, flow dia statik je.

Kata true story kan.

Lagi satu,

Buku ni memang mengajar erti hadis Nabi:

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”

(Hadis Riwayat Muslim)


ANDA MAHU BACA FULL STORY?



No comments:

Post a Comment