Saturday, September 22, 2012

PENGALAMAN DI UM NILAM PURI

Tajuknya lebih sesuai jika berjudul "Bagaimana Awesome-nya Aku Membina Individu Muslim di UM Nilam Puri".

Adik-adik,
serius apa yang ditulis ni sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman kepada adik-adik yang baru nak berjinak dengan dunia kemahasiswaan dan alam universitas. Jadi, apa yang dikongsikan harapnya bermanfaat lah ye (^-^)
Baca entri ni as a story of an ordinary man. Serius ana tak extraordinary pun macam antum. Antum mumtazun abadan abada :)

Pesananku kepada antum:




 TAK PERNAH DAPAT APA-APA MAS'ULIYAH ZAMAN SEKOLAH!

Sebenarnya terus terang aku tak pernah jawat apa-apa jawatan semasa zaman sekolah. Masa dulu aku kat sekolah aku agak nakal. Nakal tak nakalnya nak cakap, aku boleh siap ponteng sekolah depan cikgu disiplin lagi. Kira kantoi depan dia then aku terus merayau. Balik-balik rumah dah kena muwajahah(menghadapi) ayah yang telah pun menerima berita awal-awal selepas Ustaz guru disiplin tu nampak aku ponteng.

Tambahan pula, batch aku ada 4 orang je, form 4 pula ada 4 juga, form 3 barulah dalam lingkungan 20 orang. Sekolah swasta kan. Tapi nak cerita bosan & jemunya kitorang sampai tak ada mood nak datang sekolah. Sebab cikgu dan pelajar sama-sama tak ada mood nak belajar dan mengajar. Yang benar-benar tabah saja mampu bertahan. Haha

Diringkaskan cerita, sebab aku sengaja buat hal masa zaman sekolah dulu sebab aku memang tak mahu menonjol. Bila menonjol nanti dinaikkan ke dalam pimpinan. Lagipun masa tu memang nak fokus belajar je, nak cover silibus form 2,3 yang masih tak dipelajari. Jadi seboleh-bolehnya aku mengelak daripada sebarang kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

Sememangnya aku dikira individualistik masa zaman sekolah. Kau kau, aku aku. Tetapi senyap-senyap aku cuba sedaya upaya untuk tolong member-member yang bermasalah dalam pelajaran. Sedangkan masa tu aku baru je masuk ke dunia pembelajaran ilmu akademik semula setelah lima tahun terkurung dalam dunia tahfiz yang memang zero-academic. Hampir-hampir macam tu la.
Zaman kanok-kanok. Yuhu!


DIUMUMKAN SENARAI YANG TERPILIH SEBAGAI BARISAN KEPIMPINAN

Harapan aku masa menjawat EXCO MPP dulu untuk menimba ilmu-ilmu pengurusan. Sebab aku dari sudut management memang agak lemah. Mestilah aku expect aku boleh improve time management & leadership masa tu. Expectation aku tak berapa kesampaian. Mungkin aku terlalu tak serius. Tapi ada lah benda yang aku dapat. Sikap tidak bertangguh kerja dsb.

Selain itu, dapat jumpa Timbalan Naib Chanselor, Prof. Dato' Dr. Rohana beberapa kali ialah pengalaman yang menarik. Berjumpa dengan manusia yang sudah biasa memimpin manusia lain boleh meluaskan sudut pandangan kita. Pengetahuan dan maklumat tentang universiti juga bertambah. Contoh aku tak tahu tentang pertadbiran dan pengurusan sebelum ni. Juga politik kampus, kebajikan, isu-isu universiti. Bila jadi MPP aku dapat discover semua tu. Tak lupa juga aku dapat ilmu menjadi pemudah cara(fasilitator). Primarily masa geng MPP JTK conduct adik-adik baru daftar masuk orientasi.


HUBUNGAN DENGAN ASATIZAH

Aku adalah jenis pelajar yang segan dengan para guru terutamanya di luar kelas. Kalau dalam kelas aku antara yang aktif bercakap dengan classmates, berinteraksi dengan pensyarah. Juga aktif tidur. Hehe penyakit aku dari kecil. So aku ni known lah by batch aku especially ikhwah dan akhawat tak terkecuali. Bezanya bila barisan MPP dan JTK dilantik, banyak program bersama asatizah. Tapi asatizah yang menjawat jawatan sebagai felo(penyelia) kolej. Kalau di UM kampus utama ni susah la nak jumpa felo yang sekaligus pensyarah yang mengajar subjek kita. Felo yang jadi pensyarah di fakulti atau akademi sendiri pun sama. Susah nak jumpa.
Confession from a little brother to his big brother :)


Nilam Puri sangat unik, semua felonya adalah tenaga pengajar. Jadi, balik kepada cerita tu, syukur lah juga aku dapat jadi MPP Akademik ni sebab dapat juga merapatkan hubungan dengan ustaz ustazah. Memang naturally aku segan sangat nak bergaul especially bila ada majlis apa-apa, makan di kafeteria dsb. Bila sertai program yang berkaitan dengan MPP JTK maka itulah kelebihannya.


FAMILY ANGKAT!

Masa cuti sem 1 memang ada program BAKSIS tapi aku macam tak berminat langsung. Tapi bila dah naik sem 3 aku fikir dan fikir. Apalah sumbangan aku kepada masyarakat Kelantan terutamanya warga Nilam Puri. Rasa macam 'I done nothing'. Sedangkan Islam datang untuk memberi kebaikan, keamanan, keadilah, kesejahteraan kepada manusia. Aku terbaca ayat 3-4 surah Quraisy bertambah kesedaran aku untuk berbakti kepada masyarakat. Peranan daie terhadap manusia sangat besar. Mereka lapar, kita kena hilangkannya. Mereka tidak aman, kita perlu sediakan keadaan yang sejahtera untuk mereka. Niat aku join BAKSIS memang nak kenal kelaurga angkat tu then follow-up tahun ke tahun. Setiap tahun aku ziarah dan beri sesuatu yang berharga. Aku nak cuba salurkan ilmu Allah la.


Lepas 3 hari aku bersama family angkat baru aku tahu manusia yang tinggal di kampung-kampung ni sangat perlukan pendidikan. Mereka tak dibudayakan dengan program, aktiviti dan acara yang mendidik jiwa dan akal. Teringat aku kat filem Indonesia yang berjudul Alangkah Indahnya Negeri Ini. Maka aku makin bermotivasi untuk mendidik dan menyediakan mereka pendidikan yang termampu bagi aku.

Yang menariknya, perasaan aku memang rasa lain. Sebab aku tak pernah rasa ada kampung. Bertambah warna perasaan aku bila mak angkat aku layan kami(+junior Paan) dengan sangat terhormat. Bila nak berpisah pun Mek(gelaran mak angkat) masih menangis lagi. Aku memang sedih masa tu. Cuma tak nangis. Tapi janji kepada diri aku untuk datang lagi ziarah mereka. Berikan manfaat kepada mereka dari sudut apa yang mampu dan perlu.

Tentunya ni pengalaman yang hebat dan mengesankan. Pengalaman ni buat aku terasa untuk lebih bersosial, bergaul, berkenal-kenalan dan mengenali siapa manusia itu sebenarnya. Sebab ar-Rasul saw sebelum dia berdakwah kepada manusia di sekelilingnya dia sangat mengenali manusia dan sistem manusia. Dia faham manusia dan sistem kehidupan mereka. Begitu juga daie pada zaman yang tertentu perlu kenal akan zamannya. Manusia berbeza setiap zaman kerana sistemnya.


MC TIGA BAHASA!

Masa zaman aku sekolah dulu aku pernah diminta(baca: dipaksa) guru aku untuk jadi MC. MC bukan untuk perhimpunan mingguan tapi MC untuk majlis akhir tahun. Aku tak pernah pun jadi sebelum tu. Bila jadi MC tu ok la. Aku anggap sebagai practice lah. Ada lah salah-salah sikit. Gagap. Gugup. Gigil. Hehe

Tapi bila datang Nilam Puri, kali kedua aku jadi MC dalam Bahasa Arab kot. Mujurlah ada teks MC. Hoho. Tapi tu tak deadliest lagi. Yang lebih deadly lagi bila aku dan akh seorang ni(Shauqi: JKP Akademik) kena jadi MC tiga bahasa. Wallaweh! Ini adalah kerana ada satu rombongan pelajar Thailand dari wilayah Nakhon Si Thamarat datang berkunjung untuk seminggu atas tujuan lawatan sambil belajar. Setiap ahli MPP JTK dapat adik angkat setiap seorang. Aku berpeluang belajar bahasa Thai dengan adik angkat frasa-frasa penting je. Pada hari majlis, petang tu kelam kabut kami nak sediakan teks. Apapun habis juga la malam tu. Lega sangat. Yang menjadikan sangat thrill ialah sebab pertama kali dapat pengalaman macam tu. Memang amat membina softskill.

p/s: Tiga bahasa itu ialah Arabic, English dan Thai. Thai satu dua frasa je. Hehe. Poinnya, begitu seronok jadi MC dalam BI dan BA.


KESIMPULAN MESTI KENA ADA

Aku seronok dapat beban tanggungjawab tu. Tapi memang 'beban' lah masa dibebankan tu. Penat, lelah, jerih, perih. Seronoknya sebab mindset kita positif semata-mata mengejar mardotillah. Aku belajar memimpin manusia dalam skala kecil. Berpolitik. Aku belajar memimpin diri. Aku belajar asah softskill. Aku belajar berkomunikasi dengan lebih baik. Aku dapat belajar bahawasanya seorang daie yang mahu mendidik dirinya mesti faham bahawa tugas-tugas yang ada lebih banyak daripada masa yang Allah hadkan kepada kita. Dengan itu kita akan sentiasa ada 'rasa bertanggungjawab'. Setiap masa. Masa pertanggungjawaban tentulah ada ups and down. Jatuh bangun. Benda biasalah. Itulah aku kata mindset tu biar betul dan positif. Positif terhadap Allah lah. Dia nak didik hambaNya dengan tanggungjawab tu. Positif sebab kena pasrah dengan takdirnya.

Mesti ingat aku tulis ni nak bagi motivasi kat barisan MPP JTK sekarang kan? Tak, aku tulis ni sebab nak cerita banyak perkara, keadaan, dan realiti.


Tujuan penulisan:
# Menjawat sebarang jawatan atau gelaran itu bukan beban. Tapi anggap ia investment untuk masa hadapan kita. Yang paling beruntung sebab dapat menarbiah diri kita menjadi individu muslim yang lebih produktif.
# Ambillah peluang yang sediada depan mata. Lebih-lebih lagi yang bermanfaat. Yang paling bermanfaat. We ourself make the choices of our life.
# Apa yang Allah takdirkan tentulah yang terbaik buat kita. Kita mesti mampu. Allah tahu kita mampu.
# Semakin tinggi peringkat kehidupan kita, semakin dinaiktaraf lah ujian-ujian daripadaNya. Allah nak menaiktaraf hambaNya supaya menjadi hamba berdarjat tinggi disisiNya. Lebih dekat kepadaNya.