Habis dah minggu exam eh??
Meh baca cerita seorg Daie AGung bercerita psl kisah Exam beliau. Beliau un study last minute jugak. hehe.
Dipetik dr buku Aku & al-Ikhwan al-Muslimun karangan Syaikh Yusuf al-Qardhawi...
"Aku kembali ke kampungku, Safat Turab setelah beberapa bulan aku dipenjara. Penduduk kampung yg mendengar ttg kepulanganku telah datang beramai-ramai ke rumah dan mengucapkan tahniah atas kepulanganku. Pd tanggapan mrk, penjara telah mengubah identitiku menjadi org yg kasar, bengis dsb. Tetapi, mrk terkejut apabila aku menceritakan tentang aktiviti2 y dilakukan oleh para ikhwan di penjara. Bagaimana ikhwan menjadikan penjara sebagai universiiti, sebagai kesempatan masa utk berorganisasi dan mengadakan forum2 seminar. Sebahagian daripada mrk yg mendengar ceritaku berkata: "Bagaimana mungkin penjara tidak mengubah sikapnya?" Ada juga sebahagian lain yg takut mendengar ceritaku, lalu segera pergi.
Aku berada di kampung Safat Turab selama 2 hari sahaja krn aku mempunyai urusan yg sgt penting dan perlu disegerakan, iaitu melakukan persediaan utk menghadapi peperiksaan semester kedua di sekolah menengah. Hari peperiksaan hanya tinggal 15 hari saja lagi. Oleh itu, aku harus berusaha dan menumpukan sepenuh perhatian dalam mengulang kaji dan menguasai setiap mata pelajaran.
Aku pun bertolak ke Tanta utk menumpukan sepenuh masa mengulang kaji kitab2 yg menjadi silibus kurikulum sekolah dlm masa yg sgt singkat. Aku belajar secara berterusan sepanjang malam & siang. Waktu itu, aku tak tidur melainkan sebentar.
Paper 1st day ialah paper Fiqh. Takdir Allah kan, cikgu yg mengawasi exam di kelasku mengetahui bhw borang exam yg aku isi dahulu tak lengkap krn x ada gmbr fotoku. Lalu dia tanya sbbnya. Aku katalah "Keadaan pd waktu itu x mengizinkan aku utk melekatkan gmbr fotoku dlm borang itu."
Dia bertanya lagi: "Keadaan bagaimana yg blh menghalang seseorg menampal gmbr foto dlm borang?"
Akhirnya aku berterus terang mengatakan : "aku di penjara...."
Ketika itu seorg syaikh bernama Ahmad Rabi' betanya: "Engkau pernah berada di penjara Jabal Tur?"
AKu mengiakannya.
"Ceritakan pdku perstiwa yg menyedihkan atau yg membahagiakn ttg at-Tur & apa yg kamu alami disana," pintanya. Rupanya syaikh sgt kagum dgn aku. Aku dan syaikh sama2 terlupa bahawa itu adalah waktu exam yg trbatas tempohnya. Apabila syaikh trsedar, beliau berkata: 'Maaf anakkku, betawakkallah kpd Allah, jawablah soalan exam mu."
Biasanya aku akan menjawab soalan pertama dgn panjang lebar. Ada 4 soalah yg perlu aku jwb. Ketika sdg mnejwb soalan no.3 loceng berbunyi menunjukkan bhw masa menjwb telah tamat. aku x sempat jwb soalah ke-4. soalan 4 berkaitan pembahagian harta pusaka n aku sgt menguasai bab itu. Aku keluar dr jam pertama exam dlm keadaan gelisah n sedih krn tidak dpt menjwb semua soalan dlm subjek fiqh ini.
Namun demikian, apabila keputusan peperiksaan diumumkan aku merasa sgt terkejut dn gembira. Ternyata aku brjaya mendptn TEMPAT KEDUA dlm peperiksaan di antara pelajar2 skolah agama di SELURUH mesir bagi semester pertama & kedua. Aku mendpt hadiah wang tunai berjumlah 33Junaih.... Tetapi......."
Camne? cool x ulama' Islam study last minute sbb kelua dr penjara setelah bbrpa bulan dipenjarakan??
Sebenarnya cerita ni aku khususkan utk diri sendiri.. Sebab aku x suka study time study week n exam week.. Rasa mcm teruk gila masa study week baru nak start study...
Moh kita study smart dari awal sem.. Last2 sem x ada lah nak kalut?
Nak lebih detail baca la buku ni :)
Jom tamakkun dlm study kita! |