Sunday, March 17, 2013

Aku Muda, Kuat, Kaya, Energetik & Hot Kot! =)



Seorg warga tua ada masa, duit, tapi tiada, Tenaga….. Pakcik makcik tua perlu meminta tolong org2 yg lebih muda drpd mereka utk melakukan sesuatu!

Seorg kanak-kanak ada masa, tenaga, tapi tiada, Duit….. Adik-adik pasti dtg kpd kita utk ‘pau’ atau ‘cukai’ duit kita krn mereka belum bekerja!

Seorg dewasa ada tenaga, duit, tapi tiada, Masa….. Abang2 kakak2 kita sgt penat & sibuk bekerja utk membangunkan ummah(bangsa) & Negara, menyara keluarga sendiri, dan meningkatkan kemajuan diri…!
(dewasa yg dimaksudkan married & have a job around 25-40thn)

Seorg Mahasiswa ada tenaga, duit, masa yg cukup dan banyak… Tapi tiada kesedaran utk melakukan sesuatu yg bernilai utk Membina Dirinya… Bangkit saudaraku! Masyarakat sekitar anda sedang dibakar oleh kejahilan mereka, sedangkan anda berilmu & berpengetahuan tapi tiada Rasa utk menyumbang atau memberi sesuatu kpd manusia sekeliling anda. Sumbang apa sahaja yg sediada pada dirimu! At least masyarakat kampus yg anda bergaul dgn mereka!

Bukankah masa itu Bukan emas kerana ia tidak boleh ditukar ganti, dan inilah usia keemasan anda?

Tapi malangnya,

Kita gunakan masa kita SIBUK & AKTIF untuk:

-Mencari kekasih yg TIDAK PASTI lagi akan jadi pasangan hidup kita… Usah risau saudara, jodoh anda telah ditakdirkan Allah yg terbaik. Anda tidak akan mencari Selagi Tidak Perlu jika anda beriman penuh kpd takdir Allah. Selepas zaman kemahasiswaan,anda masih ada masa utk men’cari’ pasangan hidup(jika anda memilih utk berkahwin usai graduasi).

-Susah payah mencari wang utk mengembangkan ‘empayar bisnes’ anda. Jika anda memang pelajar jurusan perniagaan & perakaunan mungkin tidak pelik jika anda sgt sibuk dgn bisnes anda(jauh sekali niat saya utk menghalang anda berniaga pada usia mahasiswa,tetapi yg saya cuba stress ttg SIBUK & AKTIF berniaga sehingga Tak Mampu fokus pelajaran). Sedangkan masa terbaik utk anda menjana duit sebanyaknya, menimba pengalaman sedalamnya, menggali ilmu kewangan seluasnya ialah di zaman pekerjaan, bukan zaman belajar. Sekadar niaga kecil-kecilan mungkin memadai bagi seorg pelajar yg ditaja & memperoleh pinjaman.

-Membanting tulang empat kerat utk memenangi Game-Game computer online mahupun offline. Bagi mahasiswi pula, mengerahkan tenaga utk menghabiskan filem2 korea yg ditonton semata utk memenangkan teori Halyu Wave whatsoever yg menjadi fenomena pemudi kini. Termasuklah kita me’manfaat’kan masa utk mengkhatamkan filem2 yg tidak pun genre kegemaran kita. Tapi kerana itulah ‘kebiasaan’ yg merosakkan masa muda kita, maka kita ikuti arus yg memundurkan kemajuan diri kita.

Jangan berlagak kecil seumpama adik ini, anda bergelar pemuda!


Itulah kebiasaan muda mudi kini yg kita lihat telah dirosakkan oleh budaya2 kotor tidak sihat yg menjalar dlm ruh anak2 muda kita hari ini. Para siswa biasanya disibukkan dgn 3 perkara:

1.       Cinta (most of the youth practise illegal relationships)
2.       Tingkatkan ekonomi diri (sedangkan expenses biasanya dah cukup dgn tajaan/pinjaman)
3.       Games/Films/Excessive entertainment (what we call now i.e. Hedonisme,which west brought this to the East)

I know u may be offended of my words, but all I can say is that I love u as much as I love my family and friends. I’m talking about this regarding of the present youth seems like not contributing enough money, energy, time and expertise to the society around them. The campus my lovely friend! Do something that is remarkable to be remembered for the human because We Are A Part of Our Huge Human History! If we are not feeling to give something to the world, we are just rubbish to this world. Why? It is because we enter the world and die, and do our dead body beneficial enough for the world without contributing something valuable??

Bagi seorg muslim, jika dia Yakin akan keimanannya kpd Islam & kecintaannya kpd Allah yg memiliki nyawanya & mencipta jasadnya, tentu dia perlu tahu bahawa dia yg masih muda itu datang ke dunia dgn objektif utk Berjaya menjadi Hamba & Khalifah Allah. Itulah tujuan hidup seorg manusia muslim bukan!! :D

Bukankah kita yg sering bermottokan “Aku mahu berjaya di dunia & di akhirat”.. Apa neraca kejayaan motto kita ini?? Bukankah kejayaan kita diukur sejauhmana kita melaksanakan tujuan kehidupan yg telah Allah ‘set’kan utk hamba2Nya…? Bagaimana prestasi kita sebagai hambaNya? ( sebagai pelajar, anak, bakal ketua keluarga, kawan, adik, kakak, abang, pakcik, pemimpin kolej, batch, fakulti, university, alumni sekolah, ahli masyarakat) Sudahkah kita melepasi target kita? Ataupun kita tak ada pun target kita sbb kita tak jelas tujuan kehidupan kita??

Kalau belum jelas tujuan hidup & aims of life, bukankah masa muda ini yg perlu kita PILIH utk bekerja keras utk menjadi pelajar yg cemerlang, anak yg soleh, adik yg mendgr kata, abang yg bertanggungjawab, kakak yg sgt rajin, senior yg prihation, ahli masyarakat yg aktif, bakal ketua keluarga yg menyayangi dll tanggungjwb kita sebagai hambaNya)…??!

Atau neraca ‘kejayaan di akhirat’ tiada kaitan dgn dgn ‘kejayaan di dunia’… Sangat saling berkait saudaraku! Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan hati & kekuatan kesabaran utk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya…

p/s: Bukalah surah al-Zariyaaat:56 & al-Baqarah:30 utk mengetahui Tujuan Hidup kita yg SEBENAR sebagai seorg al-Muslim.. JOM muhasabah! J

Sebagai pemuda, kita harus sentiasa bercita-cita tinggi dalam mencapai tujuan dan impian walau sebanyak mana kelemahan yg kita ada, berpeganglah kpd quote ni:

Lets Leave Some Legible Marks!Mari Meninggalkan Kesan yg Medalam pada Manusia  di Sekeliling Kita!


 #kuasaMemilihseratusperatusditangananda#