Aku seorang manusia yg menganut agama Islam.
Allah tujuan hidupku.
Impianku untuk berada di syurgaNya selamanya.
Tetapi yang aku tahu, syurga ni tempat yg luarbiasa.
Luarbiasa dari segala sudutnya.
Kemewahannya.
Kekayaannya.
Kegemilangannya.
Keamanannya.
Kenikmatannya.
Kegembiraannya.
Kebahagiannya.
Keseronokannya.
Tetapi aku sedih,
bagaimana aku yg biasa-biasa ni boleh masuk syurga Allah,
syurga Allah tu luarbiasa hebatnya,
aku ni,
mana luarbiasa macam tu.
Aku masih ingat suatu ketika dahulu,
ustaz yang mengajar aku Bahasa Arab mengingatkan pelajarnya,
"Syurga ni luarbiasa dan hanya layak didiami oleh orang-orang luarbiasa sahaja. Ustaz yakin kamu inilah orang-orang yg luarbiasa itu"
Tertunduk malu kepada Allah,
aku yakin ustaz itu yg mempunyai ciri-ciri manusia luarbiasa,
tetapi tidak bagi aku,
aku hanya biasa-biasa,
walaupun aku cuba menuju ke arah luarbiasa.
Namun itulah keadaan aku.
Jarang sekali aku melakukan perkara luarbiasa.
Jarang sekali aku melakukan perkara yg luar daripada kebiasaan manusia.
Manusia tonton TV, aku turut serta.
Manusia main Internet, aku turut serta.
Manusia dengar lagu, aku turut serta.
Manusia solat di surau, aku turut serta.
Manusia pergi program, aku turut serta.
Manusia belajar di Universiti, aku turut serta.
Manusia main di padang, aku turut serta.
Manusia tidur di atas katil, aku turut serta.
Manusia makan di atas meja, aku turut serta.
Manusia sidai kain, aku turut serta.
Manusia naik kereta, aku turut serta.
Aku hanya ikut seolah-olah aku tidak tahu tujuan hidupku.
Aku langsung tiada perasaan untuk tunjukkan kepadaNya yang aku ini hambaNya yang luarbiasa!
(T_T)
Datukku, Adam alaihissalam, Allah keluarkan dari syurga yang luarbiasa,
hanya kerana melanggar SATU LARANGAN Allah.
Aku yakin Allah tidak mahu manusia di dalamnya kecuali suci daripada dosa,
keran itulah dengan rahmatnya Allah memasukkan hamba-hambaNya yang berdosa
selepas jiwa itu telah digosok dengan api neraka.
Dosa hanya sebati dengan api neraka.
Lalu Allah menyucikan hambaNya dengan memasukkan ke dalam syurgaNya selamanya.
Jadinya, kerana satu dosa terpalit di hati Datukku maka dia dikeluarkan.
Hanya satu dosa.
Hanya satu dosa
Hanya satu dosa.
Benarlah manusia yg luarbiasa di dalam syurga yg luarbiasa.
Bagaimana aku yang bukan satu dosa, malah beribu dosa,
sepanjang aku hidup, sudah tentu beribu dosa aku buat,
aku mungkin selalu bertaubat, tetapi aku tak sungguh-sungguh
Allah,
perbaharui iman aku ya Allah,
bersihkan hati aku ya Allah,
aku hambaMu yg faqir, miskin,
perlukanMu,
bergantung kepadaMu,
mahu merasai pelukan cintaMu,
harap kepadaMu,
cintakanMu...
pintu rahmat Allah tersangat luas, bukalah ia. |
p/s: Bait lagu Maher Zain
"The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived"
The place that no heart has ever perceived"
Bekerjalah sungguh-sungguh di dunia untuk bertemu Rabbmu di syurga!
Bekerja secara luarbiasa!
Bukankah hidup ini hanya dua kali? ^^
No comments:
Post a Comment