14/6/2012 akan menjadi sebahagian drpd tarikh yg paling diingati dalam kehidupan. Hari yg zahirnya sprt tiada erti yg gemilang sedangkan hakikatnya tersembunyi satu makna yg begitu besar pd diri.
Masjid Sekolah Alam Shah menjadi saksinya bersama shbtku Mohd Hafizi. Subhanallah terasa amat nikmat belajar dan mengajar agama & deen Allah. Menyambung suatu kerja & usaha yg amat besar yg telah diwariskan oleh al-Mustofa Muhammad s.a.w. kepada umatnya. Warisan & harta yg paling berharga buat umatnya. Pewarisan ini (dakwah Islamiah), usahanya yg tidak pernah berhenti dan padam sejak turunnya datuk kita, Adam a.s ke bumi Allah s.w.t. sehinggalah sekarang. Sangat rugi kepada manusia yg memilih untuk tidak mengajarkan agama Allah kepada manusia sekelilingnya yg berhajat & memerlukan dakwah(Islam) sedangkan dia mampu. Mengapa mesti dakwah? Kerana kerja dakwah inilah telah menjadikan para rasul & anbiya' a.s., para du'at dari setiap generasi(sahabat r.anhum, tabi'in, taaaabi' tabi'in & seterusnya) menjadi sangat mulia disisi Allah. Dan pada tangan para duat inilah Allah memberikan(mengamanahkan) dunia ini semudah-mudahnya kepada mereka, para duat.
Lihat sahaja bagaimana yg Allah memberikan tampuk kekuasaan dunia kepada Sulaiman & Daud a.s., para Khulafa' ar-Rasyidin(gen shbt), khulafa' kerajaan Umayyah(gen tabiin), Abasiyyah(gen tabi' tabi'in) & Uthmaniyyah. Mereka ini adalah manusia yg ditinggikan dan dimuliakan Allah kerana kesungguhan mereka melaksanakan usaha dakwah yg sgt mulia & agung.
:) Love Allah & Rasulullah sangat3.
subhanallah,,,teruskan usahamu :)
ReplyDelete