Sunday, August 30, 2015

Lirik Lagu Filem Redha Beautiful Pain

Aku cukup terkesan dengan lagu ni. Boleh tonton trailernya Redha - Beautiful Pain

Bila aku buat homework sikit, baru aku tahu yang penyanyi lagu ni pun budak austistik.

Umurnya 17 tahun. Namanya Umar :)

Umar, sedap sangat suara adik. Terngiang ngiang kat telinga abang.

Nah, aku tuliskan lirik untuk tatapan korang.

Walaupun lambat lagi nak release filem pasal budak autistik ni.

Takpelah, dapat layan lagu soundtrack nya pun jadilah! Hehe


Redha beautiful pain lyrics

Izinku mengusap rambutmu
Ada sesuatu yang ku perlu
Izinku ku mengucup dahimu
Ku perlu menyatakan padamu

Walau curiga di wajahmu
Ada tangisan di hatimu
Oh ibu engkaulah ratuku
Ku hargai pengorbananmu

Walaupun diriku berbeza
Kasih sayangmu tetap sama
Membantu aku untuk mara
Tak pernah lelah atau gundah

Doaku dariku tidur
Agar dilindungi selaluu
Doaku untukmu oooh ibuuu
Damai bahagia hatimu

Oooo… yeh yeh…..

Titik air matamu
Menjernih keluh dan rindu
Sinar cahya kata bibirmu
Menyinari gelap malamku
Harum kasihmu wangianku
Indah cintamu hiasiku
Ibu kaulah surga hatiku
Ibu surgaku dimataku

Pegang erat tanganku ibu
Biar tak sekecil dahulu
Pegang erat tanganku ibu
Ku ingin dikau disisiku
Dan ku tak akan… selalu….

Ooooohhhh…

P.s Maafkan saya jika ada salah lirik, itu je yg saya dapat dengar.

Saturday, July 18, 2015

Catatan Seorang Imam Terawih

Alhamdulillah, banyak manfaat yang aku dapat dalam Ramadan ke-23 aku. Besar rupanya manfaat terutama bila jadi imam terawih.



Kebaikan yang aku perolehi :

1. Bermasyarakat dengan Jiran
Aku dapat kenal pakcik2 dalam taman aku, sebelum ni kalau aku nak kenal, kena tanya sorang2 nama. Tapi lepas jadi imam di surau sendiri, ternyata mereka yang menegur aku bertanyakan nama. Automatik aku berkenalan dengan pakcik2 surau.

2. Dapat ilmu baru
Bila jadi imam, lepas 4 rakaat terawih, biasanya ada tazkirah. Jadi macam2 jenis ustaz datang bertandang ke surau. Jadi, banyaklah ilmu baru yg aku dapati. Ada sesetengah ilmu itu menjadi modal bekalan aku sampai sekang. Ianya tentang konsep pembinaan al-Iman pada zaman Mekka.

3. Dapat ampaw :p
Yang ni aku tak expect pun. Cuma bestnya dapatlah saving untuk future. Memang biasanya di dimana pun di Malaysia ni, pasti ada saguhatinya untuk imam terawih. Ada sekali satu tahun tu aku dapat lebih RM2,000! Terkejut beruk aku dibuatnya. Maklumlah, baru form4 masa tu. Tak biasa pegang duit banyak2.

Cuma yang menariknya, pernah ada satu tahun tu aku bertugas tak dapat apa2 pun. Kechiwa jugak la. Dapat cover duit minyak pun tidak. Tapi, apapun ianya pengalaman berharga buat diri ini. Bila biasa disuapkan dengan wang ringgit, terasa janggal bila sesekali tidak diupah menjadi imam. Sedangkan ianya 'kerja' / 'kerjaya' yang berusia lebih 1400 tahun, dan kitalah generasi muslim pertama yang mendapat saguhati yang tinggi sebagai imam tarawih dalam sejarah!

Cuma pesan ustaz aku Ust Aziz Shahar pada kali pertama aku belajar jadi imam : "Kalau kamu sedia nak jadi imam, jangan sesekali fikir tentang duit. Kalau kamu fikir pasal duit je tak kemanalah manfaat yang kamu dapat".

4. Solat saf depan
Selalunya aku solat jemaah taklah suka duduk belakang imam, tapi bila dah jadi imam ni automatik kita akan duduk tempat imam. At least, kalau jadi co-imam, kena duduk betul2 belakang imam. Ini memudahkan juga untuk kita membudayakan sesi muhasabah untuk diri sendiri. Sebab kita akrab dengan mihrab (tempat imam).

5. Kurang makan moreh
Surau aku buat 20 rakaat, jadi biasanya lepas habis 8 rakaat, jemaah yang balik awal ni sebat awal2 makanan yg ada memaksakan jemaah yg buat 20 rakaat mengikat perut disebabkan kehabisan bekalan makanan. Haha ini gurau.

6. Tahsin bacaan alQuran aku
Walaupun sudah 11 tahun semenjak habis menghafaz 30 juz, tapi aku yakin, setiap penghafaz Quran bacaannya tidaklah sesempurna mana. Bacaan Quran adalah antara lafaz atau nyanyian yang paling sukar untuk dibunyikan secara tepat. Kerana kalam Allah ini sungguh istimewa. Aku sering berpesan kepada kenalan2 bahawa Bahasa Unggeris yang kita rasa susah sangat nak sebut tu sebenarnya tidaklah sesukar membaca alQuran secara tepat makhraj dan bunyi hurufnya.

Cuma aku teringin nak belajar tarannum lepas ni. Katanya orang senang terpikat?! Wakaka. Gurau okayy.

7. Dapat solat lebih
Memang kualiti lebih penting. Cuma aku nak ceritanya, kalau aku tak jadi imam, entah berapa rakaat je aku solat sejujurnya. Mungkin 8. Mungkin 6, mungkin 12. Mungkin 16, ikut mood sesuka hati aku.

Tapi bila jadi imam, kalau surau buat 20 automatik kau akan solat 20 jugak. 20 rakaat ini adalah solat mendirikan malam kita, tau? Jadi, aku berasa beruntung bila jadi imam. Sebab kebiasaannya aku malas nak buat 20. Jujujur. Syukur atas hidayahNya.


Akhir sekali, just nak bagitau kat anak2 muda zaman sekarang. Korang boleh jadi imam dengan syarat, bacaan korang baik2 aje. Tak semestinya hafal berpuluh2 juz. Cukuplah hafal dalam 30 surah(at least juz amma). Kalau korang hafal 2-3 juz lagi chantek. Sebab kadang2 anak muda tahfiz ada yg tak ready nak jadi imam. Jadi, rebutlah peluang wahai anak muda, terutamanya menyedari kelebihan yg ada iaitu jika bacaan Quran korang baik (boleh juga baca Quran besar gedabak kat depan imam tu).

**** **** ****

Baru aku sedar Ramadan kali ini. Setelah hampir 24 tahun hidupku berlalu, Ramadan sering berakhir dengan pencapaian yang biasa2 kerana persediaan yang biasa2.

28 Ramadan 1436 @ 15 Julai 2015
Abu Gilbert al-Qunbuli

TIPS KANTOIKAN KAWAN ANDA YANG BERCINTA TAPI TAKNAK MENGAKU

Raya ni macam biasa aku bosan sikit, so aku tulis entri ni kat Facebook aku.

 Selamat Membaca dan Moga Terhibur =)



Saya nak kongsi sedikit tips untuk mengesan samada kawan dan sepupu anda dah ada boypren / girlpren. Walaupun dia sendiri tak mengaku depan anda. Mungkin juga orang itu anda sendiri!! Huhu

1. Dia post gambar seorang diri kt FB or Insta dengan caption: "Harapnya bujang terakhir tahun ni". Kalau dia tu dah kahwin, maknanya dia memang gatal nak kawin lain.

2. Dia pegang henpon aje setiap masa macam ada urusan penting. Nak kata baca waksep 10 ribu notifications pon, sejam dah cukup habis membacanya. Maknanya dia tgh update setiap saat momen2 raya kepada 'kekasih'nya. Biasalah, baru bercinta, tak boleh berpisah seketika.

3. Kalau dia post gambar kt FB gambar seorang diri dengan caption "Sunyi je tahun ni" itu MUNGKIN bermakna dia perlukan seseorang dalam hidup sebab dia rasa dah tiba masanya untuk hidup berpasangan.

4. Tak semestinya sesiapa yg belajar ugama (pengajian islam) tak bercinta senyap2 ye. Banyak je yang bercouple belakang2 ye. Itu benda biasa. Kalau dah cinta, apakan daya. Cuma kalau bercinta secara haram, haromlah jadinya. Jadi, bercintalah secara halal toyyiba. Korang lebih tahu camne nak bercinta cara halal (wahai pelajar2 ugama).

Point aku ialah : Orang yang belum pasti jadi pasangan sehidup semati kita tu kurangkanlah beri perhatian pada mereka. Ini hari raya kot(?). Ini adalah masa bersama keluarga. Bersembang. Merewang. Bergosip. Beraktiviti. Setahun sekali je.

Sekadar ilham aku je. Siapa makan cili terasalah pedas. Btw, aku tak cakap couple salah, kbai.

Abu Gilbert
2 Syawal 1436H @ 18 Julai 2015

Sunday, March 15, 2015

Facebook Bukan Sumur Ilmu

Helo kawan!

Lama aku tak menulis.

Sebenarnya aku menulis, cuma banyak yang masuk bank (draft) jadinya tak muncullah di permukaan tulisan-tulisan aku.

Kiranya kalau aku publish memang meletoplah aku. Femes macam J.K.Rowling, John Grisham, dan lain-lain. Haha Islam mengajarku arti dan kebaikan berimaginasi!

Cumanya aku nak bagitau satu perkara penting untuk kauorang.

Aku menulis di blog semula di blog ni sebab yang dua:

1. Penulisan di Facebook kurang bermanfaat dan dimanfaatkan oleh penggunanya

2. Menulis di blog lebih tinggi harganya. Lebih bernilai bila dibanding dengan penulisan yang dikongsi FB. Satu lagi lebih bernilai bila berada dalam Internet. Boleh jadi pelaburan jangka masa panjang.

3. Aku kuat membaca tapi aku tak menulis. Seorang pengkaji yang membaca, mestilah menghasilkan tulisan-tulisan yang marhaen tapi segak bergaya bermutu tinggi kan? Aku sangatlah tak suka menulis di Facebook & Insta. Ini dua je aku aktif. Sebabnya Facebook ni bagi aku tempat bermain jongkat jongket. Aku tak suka jadi serius (pendekatan) di laman sosial. Sebab bagi aku ia tempat networking, mencari dan bermesra dengan kenalan. Bukannya tempat untuk menjual barangan kepada rakan-rakan anda. Bukannya tempat anda berkarya (menulis) secara serius.

Mungkin juga sebab aku jenis menulis genre non-fiksyen. Benda-benda realiti.

Jadi aku rasa macam agak rubbish bila berkarya di Facebook. Lama-lama aku yang terpengaruh dengan arus news feed Facebook yang mengarut.

OK fine.

Jadi, kepada kawan-kawan blogger. Doakanlah aku istiqomah dan berjaya meneruskan karier aku sebagai blogger :)

Aku baru nak latih habit menulis semula. Diharap ilmu dan perolehan dan dapatan dan informasi yang aku ada aku kongsikan kepada anda. Kalau aku rasa ianya bermanfaatlah, barulah aku layak dianugerahkan gelaran 'pengguna laman sosial yang bijak'.

I am a smart social network user :D

Ok bai. Salam 1MDB.