Selamat Membaca dan Moga Terhibur =)
Saya nak kongsi sedikit tips untuk mengesan samada kawan dan sepupu anda dah ada boypren / girlpren. Walaupun dia sendiri tak mengaku depan anda. Mungkin juga orang itu anda sendiri!! Huhu
1. Dia post gambar seorang diri kt FB or Insta dengan caption: "Harapnya bujang terakhir tahun ni". Kalau dia tu dah kahwin, maknanya dia memang gatal nak kawin lain.
2. Dia pegang henpon aje setiap masa macam ada urusan penting. Nak kata baca waksep 10 ribu notifications pon, sejam dah cukup habis membacanya. Maknanya dia tgh update setiap saat momen2 raya kepada 'kekasih'nya. Biasalah, baru bercinta, tak boleh berpisah seketika.
3. Kalau dia post gambar kt FB gambar seorang diri dengan caption "Sunyi je tahun ni" itu MUNGKIN bermakna dia perlukan seseorang dalam hidup sebab dia rasa dah tiba masanya untuk hidup berpasangan.
4. Tak semestinya sesiapa yg belajar ugama (pengajian islam) tak bercinta senyap2 ye. Banyak je yang bercouple belakang2 ye. Itu benda biasa. Kalau dah cinta, apakan daya. Cuma kalau bercinta secara haram, haromlah jadinya. Jadi, bercintalah secara halal toyyiba. Korang lebih tahu camne nak bercinta cara halal (wahai pelajar2 ugama).
Point aku ialah : Orang yang belum pasti jadi pasangan sehidup semati kita tu kurangkanlah beri perhatian pada mereka. Ini hari raya kot(?). Ini adalah masa bersama keluarga. Bersembang. Merewang. Bergosip. Beraktiviti. Setahun sekali je.
Sekadar ilham aku je. Siapa makan cili terasalah pedas. Btw, aku tak cakap couple salah, kbai.
Abu Gilbert
2 Syawal 1436H @ 18 Julai 2015
No comments:
Post a Comment