Alhamdulillah, banyak manfaat yang aku dapat dalam Ramadan ke-23 aku. Besar rupanya manfaat terutama bila jadi imam terawih.
Kebaikan yang aku perolehi :
1. Bermasyarakat dengan Jiran
Aku dapat kenal pakcik2 dalam taman aku, sebelum ni kalau aku nak kenal, kena tanya sorang2 nama. Tapi lepas jadi imam di surau sendiri, ternyata mereka yang menegur aku bertanyakan nama. Automatik aku berkenalan dengan pakcik2 surau.
2. Dapat ilmu baru
Bila jadi imam, lepas 4 rakaat terawih, biasanya ada tazkirah. Jadi macam2 jenis ustaz datang bertandang ke surau. Jadi, banyaklah ilmu baru yg aku dapati. Ada sesetengah ilmu itu menjadi modal bekalan aku sampai sekang. Ianya tentang konsep pembinaan al-Iman pada zaman Mekka.
3. Dapat ampaw :p
Yang ni aku tak expect pun. Cuma bestnya dapatlah saving untuk future. Memang biasanya di dimana pun di Malaysia ni, pasti ada saguhatinya untuk imam terawih. Ada sekali satu tahun tu aku dapat lebih RM2,000! Terkejut beruk aku dibuatnya. Maklumlah, baru form4 masa tu. Tak biasa pegang duit banyak2.
Cuma yang menariknya, pernah ada satu tahun tu aku bertugas tak dapat apa2 pun. Kechiwa jugak la. Dapat cover duit minyak pun tidak. Tapi, apapun ianya pengalaman berharga buat diri ini. Bila biasa disuapkan dengan wang ringgit, terasa janggal bila sesekali tidak diupah menjadi imam. Sedangkan ianya 'kerja' / 'kerjaya' yang berusia lebih 1400 tahun, dan kitalah generasi muslim pertama yang mendapat saguhati yang tinggi sebagai imam tarawih dalam sejarah!
Cuma pesan ustaz aku Ust Aziz Shahar pada kali pertama aku belajar jadi imam : "Kalau kamu sedia nak jadi imam, jangan sesekali fikir tentang duit. Kalau kamu fikir pasal duit je tak kemanalah manfaat yang kamu dapat".
4. Solat saf depan
Selalunya aku solat jemaah taklah suka duduk belakang imam, tapi bila dah jadi imam ni automatik kita akan duduk tempat imam. At least, kalau jadi co-imam, kena duduk betul2 belakang imam. Ini memudahkan juga untuk kita membudayakan sesi muhasabah untuk diri sendiri. Sebab kita akrab dengan mihrab (tempat imam).
5. Kurang makan moreh
Surau aku buat 20 rakaat, jadi biasanya lepas habis 8 rakaat, jemaah yang balik awal ni sebat awal2 makanan yg ada memaksakan jemaah yg buat 20 rakaat mengikat perut disebabkan kehabisan bekalan makanan. Haha ini gurau.
6. Tahsin bacaan alQuran aku
Walaupun sudah 11 tahun semenjak habis menghafaz 30 juz, tapi aku yakin, setiap penghafaz Quran bacaannya tidaklah sesempurna mana. Bacaan Quran adalah antara lafaz atau nyanyian yang paling sukar untuk dibunyikan secara tepat. Kerana kalam Allah ini sungguh istimewa. Aku sering berpesan kepada kenalan2 bahawa Bahasa Unggeris yang kita rasa susah sangat nak sebut tu sebenarnya tidaklah sesukar membaca alQuran secara tepat makhraj dan bunyi hurufnya.
Cuma aku teringin nak belajar tarannum lepas ni. Katanya orang senang terpikat?! Wakaka. Gurau okayy.
7. Dapat solat lebih
Memang kualiti lebih penting. Cuma aku nak ceritanya, kalau aku tak jadi imam, entah berapa rakaat je aku solat sejujurnya. Mungkin 8. Mungkin 6, mungkin 12. Mungkin 16, ikut mood sesuka hati aku.
Tapi bila jadi imam, kalau surau buat 20 automatik kau akan solat 20 jugak. 20 rakaat ini adalah solat mendirikan malam kita, tau? Jadi, aku berasa beruntung bila jadi imam. Sebab kebiasaannya aku malas nak buat 20. Jujujur. Syukur atas hidayahNya.
Akhir sekali, just nak bagitau kat anak2 muda zaman sekarang. Korang boleh jadi imam dengan syarat, bacaan korang baik2 aje. Tak semestinya hafal berpuluh2 juz. Cukuplah hafal dalam 30 surah(at least juz amma). Kalau korang hafal 2-3 juz lagi chantek. Sebab kadang2 anak muda tahfiz ada yg tak ready nak jadi imam. Jadi, rebutlah peluang wahai anak muda, terutamanya menyedari kelebihan yg ada iaitu jika bacaan Quran korang baik (boleh juga baca Quran besar gedabak kat depan imam tu).
**** **** ****
Baru aku sedar Ramadan kali ini. Setelah hampir 24 tahun hidupku berlalu, Ramadan sering berakhir dengan pencapaian yang biasa2 kerana persediaan yang biasa2.
28 Ramadan 1436 @ 15 Julai 2015
Abu Gilbert al-Qunbuli
No comments:
Post a Comment