Sunday, February 28, 2016

Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Mengemoo

Kursus Usahawan Ternak Lembu dan Kambing
Akademi MJ Fatonah, Batang Berjuntai, Kuala Selangor




Impian yang telah lama aku simpan adalah impian menternak lembu dan kambing secara massa. Sewaktu aku mengimpikan perkara ini, aku faham 5 tahun yang lalu bahawa industri ini antara industri yang besar potensinya tetapi tidak ramai yang sanggup masuk ke dalamnya.


Masuk ke dalam kandang saja sudah menimbulkan perasaan seperti kotor, busuk dan sebagainya. Memang tak ramai orang berminat, lebih-lebih lagi trend orang luar bandar sekarang semakin ramai berpindah ke bandar.


Sewaktu aku teringin untuk menyertai kursus ternakan ini 5 tahun yang lalu, aku mendapati bahawa kursus sebegini sangat mahal mencecah RM1,000. Malah ada yang lebih mahal. Jadi aku pun simpanlah impian ni bawah bantal je, dibawa mimpi. Hampir-hampir pupus impian ini. Namun...


Dengan limpahan daripada Allah, pada 26-28 Februari 2016 aku diberi peluang untuk menyertai kursus ini 93% dibiayai oleh UMEC (University of Malaya Entrepreneur Centre) selebihnya peserta hanya membayar RM50 sahaja. Alhamdulillah, impian aku bernyawa semula =)


Jadi, kumpulan peserta kursus kali ini hampir semuanya terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda UM, kecuali beberapa orang pelajar ijazah sarjana.


Secara keseluruhannya boleh aku cakap yang aku dapat belajar beberapa kemahiran dalam kursus ini:


1. Memberi makan lembu & kambing dan membersih kandang

Jangan terkejut, tahi dia tak busuk.



2. Menjadi doktor segera untuk lembu dan kambing

Rawatan khusus untuk kambing yang kembong perot sebab dia nak ponteng kuliah



Memotong kuku beliau. Kalau tak, mudah terpelengot





3. Membuat silaj (dedak / rumput peram) - menu special lembu

4. Petua mahal membuat EM (Effective Microorganisms - sejenis bahan cecair yang sangat bagus terutama untuk komponen pemakanan lembu)


Aku rindu lagi dekat anak-anak kambing yang sangat comel. Hehehehe. Serius sangat comel. Suka dibelai.

 Ada lembu yang boleh ditunggang. Hehehe


Pengalaman yang takkan dapat dilupakan :D

Akhir sekali aku sangat berterima kasih kepada Puan Fatonah & Encik Jamil sebagai mentor yang mencurahkan ilmu-ilmu yang sangat berharga dalam bidang penternakan. Mereka telah melatih begitu ramai usahawan ternak dan penternak. Beribu-beribu orang telah dilatih dalam kursus yang dianjukan akademi mereka.

ACTION PLAN: JUAL KAMBING AQIQAH & SUKARELAWAN LADANG SECARA BULANAN :)

No comments:

Post a Comment