Wednesday, May 23, 2018

RAMADHAN, FESTIVAL MAKANAN DAN PUASA TAK LAKU

RAMADHAN : MENJADI DIRI SEBENAR

Sesiapa pun yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan agung ini pasti terpacul di bibirnya :

"Alangkah baiknya kalau bulan Ramadhan ini berlaku sepanjang tahun".

Bukan sekali dua saya dengar. Bukan ustaz sang penceramah saja yang cakap. Tapi marhaen biasa semuanya merasakan perkara yang sama. Kebaikan dan keberkatan bulan Ramadhan begitu dirasai.

Manakan tidak? Solat fardu terutama isyak, subuh begitu ramai jemaahnya. Sana sini orang memberi. Tak kira duit, makanan, hadiah, ucapan. Kebanyakan muslim pula makin sensitif dengan puasa lidah. Mereka tahu nilai puasa akan mengurang jika berkata yang keji.

Itu semua sudah bagus, tapi ada satu perkara yang muslim terutama di Malaysia darul food paradise tak boleh toleransikan.

Ini kerana Malaysia terkenal sebagai negara yang ada rakyat yang mewarisi penyakit gilakan makanan.



FESTIVAL 60 HARI 60 MALAM

Inilah festival dan expo makanan terbesar dan terlama yang berlaku di Malaysia. Baru ada makanan lain sikit di bazar nak beli.

Jumlah bazar yang terdapat di serata Malaysia terlampau banyak. Senang cerita tiap-tiap hari ada pasar malam, pasar tani dan downtown.

Mengapa bazar ini penting? 

Kerana rakyat Malaysia akan menyambut mega festival makanan sebulan lagi. Bulan itu dinamakan bulan Syawal!

Syawal bukanlah nama resepi makanan. Bukan juga nama hidangan bangsa Arab. Tetapi di bulan Syawallah kita berbuka puasa segila yang mungkin.

Ada kawan saya berseloroh :
" Salah ke menyambut raya puasa dengan aneka juadah? Ini masanya untuk kita gemokkan diri setelah berkurus selama 30 hari lamanya? "

Jawap saya, ini bukan soal kau kurus  kau gemok, salah atau betul. Tapi ini soal isu yang besar yang semakin membesar.

Ini soal pembaziran, konsumerisme, sikap dan cara fikir kita.


PUASA TAK LAKU

Puasa yang Allah mahukan ada ciri-cirinya, dan rugilah kita kalau kita main-main dalam berpuasa.

Sedangkan Allah dengan rahmatNya boleh kurniakan infiniti pahala dan ganjaran dan khazanahNya disebabkan amalan puasa ini. Maka bagaimana agaknya kalau puasa kita ni dibawa di hadapan Allah tapi tak laku? Tak boleh tukar dengan syurga yang Dia nak bagi?

Menyesal. Menyesal dan menyesal.

Pastikan kita bawa bertemu Allah bekalan dan aset yang laku.

Kalau solat kita banyak, cukup, tak pernah tinggal, tapi tak ikhlas, tak ikut solat macam Nabi buat. Tak laku.

Puasa pun macam tu. Kalau penuh, tak pernah tinggal, tapi kalau sepanjang hidup kita meraikan festival makanan ini dengan pembaziran dan sikap berpuasa berfokus pada tahan lapar dan dahaga, mungkinkah laku usaha kita itu?

Saya suka memberi persoalan untuk anda fikirkan. 

Anda cari jawapannya.


ABFILLAH

24 Mei 2018

1 comment: