Alhamdulillah,
Baru je
habis buku ni,
Jadi saya
nak buat sedikit overview lah ttg buku yg dihasilkan oleh
Ustaz Cinta
atau nama sebenarnya A. Ubaidillah Alias.
Buku ni
amat sesuai untuk golongan para remaja dan belia.
Bagi yang
sedang bercouple, SUDAH LAMA bercouple tak reti-reti nak kahwin mahupun
teringin nak couple, sila baca buku ni.
Penting
sangat sangat sangat!
Harap
bermanfaat lah perkongsian ilmiah ni.
Cinta ada 7
jenis:
3 jenis
cinta yg HALAL
11) Al Mawaddah
(Penuh Kasih Membara)
Biasanya berlaku kpd pasangan yg baru berkahwin/hamba yg soleh kpd Allah.
Ciri2 cinta ini:
-mahu selalu berdua
-enggan berpisah
-selalu ingin memuaskan dahaga cintanya
22) Al Rahmah
(Pengorbanan)
Cinta antara org yg mempunyai talian darah terutama cinta orag tua
terhadap anaknya.
Ciri2 cinta ini:
-penuh kasih sayang
-lemah lembut
-sedia berkorban & melindungi
Allah menghadiahkan kpd kita ayat 21 surah Rum. Sila buka dan tadabbur.
33) Cinta Kulfah
(Mendidik)
Contoh: Ibu menyuruh anak buat kerja dengan tujuan mendidik walaupun
mempunyai pembantu rumah.
Allah juga mendidik kita melalui tanggungjawab yg diberi sebagai seorang
khalifah di muka bumiNya. Tadabbur ayat 286 Al Baqarah.
4 jenis cinta yg HARAM
44) Cinta Al Mailu
(Tidak Keruan)
Cinta yg bermusim. Ini cinta org yg berpoligami.
Ayat 129 Al Nisa’.
Suami cenderung kepada isteri yg muda.
55) Cinta Al
Syaghof (Mabuk Asmara)
-sangat mendalam
-membuta-tuli
-memabukkan
-tidak menyedari apa yg dilakukan
Contohnya sprt kisah Nabi Yusuf & Zulaikha.
Sila rujuk ayat 30 surah Yusuf.
66) Cinta Ra’fah
(Dayus)
Cinta yg mengalahkan norma-norma kehidupan seperti seorang ibu yg
kasihan kepada anaknya sehingga tidak sanggup mengejutkannya untuk bangun
solat.
Sila rujuk ayat 2 surah Al Nur.
77) Cinta Sobwah
(Syahwat)
Juga seperti cinta yg menggoda hari-hari kehidupan Nabi Yusuf yg
akhirnya Allah menyelamatkan beliau daripada godaan Zulaikha. Cinta ini mabuk
dan mendorong terjebak kepada perilaku yg memenuhi keinginan syahwatnya.
Sila rujuk ayat 33 surah Yusuf.
CINTA DI LUAR BATASAN MANUSIAWI.
Cinta tak boleh disentuh oleh tangan seperti pasir atau air. Cinta ialah
rasa.
Nak stop bercinta mesti BERPERANG emosi, godaan dan nafsu.
Perpisahan yg tulus & murni ialah bila pasangan kekasih tu tahu
batas syariat sebenar.
CINTA DAN NAHKODA
Pencipta Cinta = Allah
Nahkoda Cinta = Nabi Muhammad s.a.w
Allah menciptakan semua benda di dunia ada cara mengubatinya,
mengawalnya, menguruskannya, menguasainya. Begitulah cinta.
UKHUWWAH FILLAH SEBELUM NIKAH – ‘UNTUNG atau SIA-SIA?’
Couple Islamik eh? Begini saja, mari fikirkan persoalan ni “Adakah anda
mahu menanam tanaman yg tidak tentu lagi milik kita? MERUGIKAN.
Begitulah mendidik ‘bini’ sebelum kahwin lagi.
MAGNET CINTA
Mengikut pengalaman Ustaz Cinta, kebanyakan org yg tak biasa berkenalana
dgn lawan jantina menemukan jodoh lebih awal daripada org yg gelenya(gatal) dok
cari-cari kenalan.
Dalam diri kita ada magnet cinta, magnet diri kita akan tertarik dgn
hati yg SEJENIS dgnnya. Benarlah kata Allah dlm ayat 26 surah Al Nur.
Cara dapat pasangan: Cari kenalan bukanlah cara terbaik. Cara terbaik
ialah perbaiki diri kita. J
Untuk menuju kepada cinta yg benar lagi sohih. Jadi kita perlukan kompas
cinta untuk menuju kepadanya.
Kompas Cinta ini punya 3 magnet yg amat penting, kalau tak habis sesat
dibuat kompas itu.
3 Magnet 3 level.
Level 1, Magnet Karisma.
Karisma seorg Muslim:
1) Tinggal perkara
sia-sia
2) Jauhi
pembaziran
Dua perkara termasuk dlm
sudut2 yg amat penting iaitu Masa, Tenaga, dan Harta.
Level 2 Magnet Nyah Zina
Apabila Magnet Karisma
dah betul dan tak bawa kepada kesesatan, makan tengok Magnet Nyah Zina pulak.
Magnet ni kita WAJIB
KUASAI SEMUA PANCAINDERA kita supaya dapat menolak dan menepis unsur-unsur zina
dalam hati dan sekeliling individu.
Lima unsur Zina:
1) Mata
(pandangan)
2) Bibir
(senyuman)
3) Lidah
(pertuturan)
4) Janji
(keinginan)
5) Pertemuan
(maksiat)
Kalau nak perasan la,
ikut susunan kan, kalau kita tak dapat pelihara semuanya, makan last sekali
kita akan terlanjur melakukan zina. Start dari mata.
Lepas dah berjaya
sediakan Magnet Karisma & Nyah Zina makan kita perlu kuasai tujuh
pancaindera kita supaya dapat magnet yg ketiga iaitu Magnet Bahagia.
Level 3 Magnet Bahagia
Menjaga ketujuh-tujuh ni
perlu mujahadah dan konsistensi la, macam biasa:
1) Hati(raja)
2) Mata
3) Mulut
4) Telinga
5) Tangan
6) Kaki
7) Kemaluan
Bila dah
dapat betulkan ketiga-tiga magnet ni maka bolehlah terus bercinta dengan
bahagia.
Nahkoda
cinta ada untuk mengemudi bahtera cinta berlabuh di pintu syurga. Wuhuuu
syoknyeee ;)
Sorry la
kalau bosan gila baca overview ni, tulah saya nak promosi tu!
Sila beli buku ni! Best!!!
Sila beli buku ni! Best!!!
"Berubah sebelum rebah.
Undur sebelum terlanjur"