Saturday, March 31, 2012

OVERVIEW BUKU KOMPAS CINTA


Alhamdulillah,
Baru je habis buku ni,
Jadi saya nak buat sedikit overview lah ttg buku yg dihasilkan oleh
Ustaz Cinta atau nama sebenarnya A. Ubaidillah Alias.








Buku ni amat sesuai untuk golongan para remaja dan belia.
Bagi yang sedang bercouple, SUDAH LAMA bercouple tak reti-reti nak kahwin mahupun teringin nak couple, sila baca buku ni.
Penting sangat sangat sangat!
Harap bermanfaat lah perkongsian ilmiah ni.

Cinta ada 7 jenis:

3 jenis cinta yg HALAL
11)      Al Mawaddah (Penuh Kasih Membara)
Biasanya berlaku kpd pasangan yg baru berkahwin/hamba yg soleh kpd Allah.
Ciri2 cinta ini:
-mahu selalu berdua
-enggan berpisah
-selalu ingin memuaskan dahaga cintanya



22)      Al Rahmah (Pengorbanan)
Cinta antara org yg mempunyai talian darah terutama cinta orag tua terhadap anaknya.
Ciri2 cinta ini:
-penuh kasih sayang
-lemah lembut
-sedia berkorban & melindungi
Allah menghadiahkan kpd kita ayat 21 surah Rum. Sila buka dan tadabbur.



33)      Cinta Kulfah (Mendidik)
Contoh: Ibu menyuruh anak buat kerja dengan tujuan mendidik walaupun mempunyai pembantu rumah.
Allah juga mendidik kita melalui tanggungjawab yg diberi sebagai seorang khalifah di muka bumiNya. Tadabbur ayat 286 Al Baqarah.







4 jenis cinta yg HARAM

44)      Cinta Al Mailu (Tidak Keruan)
Cinta yg bermusim. Ini cinta org yg berpoligami.
Ayat 129 Al Nisa’.
Suami cenderung kepada isteri yg muda.


55)      Cinta Al Syaghof (Mabuk Asmara)
-sangat mendalam
-membuta-tuli
-memabukkan
-tidak menyedari apa yg dilakukan
Contohnya sprt kisah Nabi Yusuf & Zulaikha.
Sila rujuk ayat 30 surah Yusuf.


66)      Cinta Ra’fah (Dayus)
Cinta yg mengalahkan norma-norma kehidupan seperti seorang ibu yg kasihan kepada anaknya sehingga tidak sanggup mengejutkannya untuk bangun solat.
Sila rujuk ayat 2 surah Al Nur.


77)      Cinta Sobwah (Syahwat)
Juga seperti cinta yg menggoda hari-hari kehidupan Nabi Yusuf yg akhirnya Allah menyelamatkan beliau daripada godaan Zulaikha. Cinta ini mabuk dan mendorong terjebak kepada perilaku yg memenuhi keinginan syahwatnya.
Sila rujuk ayat 33 surah Yusuf.




CINTA DI LUAR BATASAN MANUSIAWI.
Cinta tak boleh disentuh oleh tangan seperti pasir atau air. Cinta ialah rasa.
Nak stop bercinta mesti BERPERANG emosi, godaan dan nafsu.
Perpisahan yg tulus & murni ialah bila pasangan kekasih tu tahu batas syariat sebenar.



CINTA DAN NAHKODA
Pencipta Cinta = Allah
Nahkoda Cinta = Nabi Muhammad s.a.w
Allah menciptakan semua benda di dunia ada cara mengubatinya, mengawalnya, menguruskannya, menguasainya. Begitulah cinta.



UKHUWWAH FILLAH SEBELUM NIKAH – ‘UNTUNG atau SIA-SIA?’
Couple Islamik eh? Begini saja, mari fikirkan persoalan ni “Adakah anda mahu menanam tanaman yg tidak tentu lagi milik kita? MERUGIKAN.
Begitulah mendidik ‘bini’ sebelum kahwin lagi.


MAGNET CINTA
Mengikut pengalaman Ustaz Cinta, kebanyakan org yg tak biasa berkenalana dgn lawan jantina menemukan jodoh lebih awal daripada org yg gelenya(gatal) dok cari-cari kenalan.

Dalam diri kita ada magnet cinta, magnet diri kita akan tertarik dgn hati yg SEJENIS dgnnya. Benarlah kata Allah dlm ayat 26 surah Al Nur.

Cara dapat pasangan: Cari kenalan bukanlah cara terbaik. Cara terbaik ialah perbaiki diri kita. J


Untuk menuju kepada cinta yg benar lagi sohih. Jadi kita perlukan kompas cinta untuk menuju kepadanya.
Kompas Cinta ini punya 3 magnet yg amat penting, kalau tak habis sesat dibuat kompas itu.

3 Magnet 3 level.

Level 1, Magnet Karisma.

Karisma seorg Muslim:
1)      Tinggal perkara sia-sia
2)      Jauhi pembaziran
Dua perkara termasuk dlm sudut2 yg amat penting iaitu Masa, Tenaga, dan Harta.




Level 2 Magnet Nyah Zina

Apabila Magnet Karisma dah betul dan tak bawa kepada kesesatan, makan tengok Magnet Nyah Zina pulak.
Magnet ni kita WAJIB KUASAI SEMUA PANCAINDERA kita supaya dapat menolak dan menepis unsur-unsur zina dalam hati dan sekeliling individu.

Lima unsur Zina:
1)      Mata (pandangan)
2)      Bibir (senyuman)
3)      Lidah (pertuturan)
4)      Janji (keinginan)
5)      Pertemuan (maksiat)

Kalau nak perasan la, ikut susunan kan, kalau kita tak dapat pelihara semuanya, makan last sekali kita akan terlanjur melakukan zina. Start dari mata.


Lepas dah berjaya sediakan Magnet Karisma & Nyah Zina makan kita perlu kuasai tujuh pancaindera kita supaya dapat magnet yg ketiga iaitu Magnet Bahagia.

Level 3 Magnet Bahagia


Menjaga ketujuh-tujuh ni perlu mujahadah dan konsistensi la, macam biasa:
1)      Hati(raja)
2)      Mata
3)      Mulut
4)      Telinga
5)      Tangan
6)      Kaki
7)      Kemaluan


Bila dah dapat betulkan ketiga-tiga magnet ni maka bolehlah terus bercinta dengan bahagia.
Nahkoda cinta ada untuk mengemudi bahtera cinta berlabuh di pintu syurga. Wuhuuu syoknyeee ;)


Sorry la kalau bosan gila baca overview ni, tulah saya nak promosi tu!
Sila beli buku ni! Best!!!


"Berubah sebelum rebah.
Undur sebelum terlanjur"

No comments:

Post a Comment