Wednesday, March 28, 2012

جولة إلى الصنّ | Trip To Beijing With My Family

Basmalah Wa Hamdalah.

Aku mulakan cerita aku ke China baru-baru ini.

Percutian ini memang membuatkan aku lebih cayang family aku dan lebih cayang.

Macam ni:

Cayang muah3 xoxo

hehe, ;)

Objektif:
1) Main snow
2) Main ski
3) Jumpe ikhwah BFSU(objektif aku seorang)

Obyektif yg di-setting oleh mak aku, huhu.

Jadi tercapai tak objektif ni,
Jawapannyaaaaaaaaaaaa....


Ting!
TERCAPAI!



Mari kita lihat buktinya.



Ting! Objektif satu, main ski sampai tergolek! (tengok how my big bro baem fall)

Video skiing Kakak aku Ecah tergolek.



Ting! Objektif dua, main snow. Walaupun renyai snow pada pagi ke-5, tapi pengalaman yg menghosemkan!


 Ting! Objektif tiga, jumpa ikhwah BFSU (sayang johan asyukri forever)





Jadi, inilah post pertama aku dalam bahasa mandarin(hopefully).
Haha

Memandangkan aku tak boleh berbahasa mandarin walaupun dah belajar BM satu semester,
tapi yang aku tau xie xie, zai jian, ni hao, & nama buah-buahan.

Ping guo - Mang guo - Ju zi - dll. Sila cari pakcik Gogirl.

Jadi apa yg aku dapat eh selama 6 hari 5 malam kt sana?

Aku set supaya baca 5 juzuk, tapi baca 1 juzuk setengah  je tak silap.
Jauhnye lari daripada target.

Aku set supaya baca buku ulum hadith setengah dari tajuk2 terpilih, malangnya aku baca suku je.

Sedih gak terhadap diri. T___T

Tak ape abu, yang penting kau dapat luaskan pandangan - rapatkan hubungan dengan family, look the bright side mate! ;)

Wuhuuu, jzkk abu motivate diri sendiri!

Firstly aku nak kongsi dari sudut THAQOFAH(kebudayaan) yang aku perolehi:

Banyak perkara ttg China & Beijing la tentunya.

Baca ye, jangan bosan2.

Fakta Ekstravaganza Buat Anda!




#FAKTA SATU

Tahukah anda bahawa kerajaan Republik China melarang rakyatnya melahirkan lebih dari seorang anak.
Jadi camne kalau kembar eh? Kembar siam triplets? Quadruplets? Kembarlimalets? Kembarenamlets?

Jawapannya: Tak mengapa, yang penting si ibu boleh melahirkan anak sekali je seumur hidup.
Alamak ai, kontra nya dgn Malaysia. Mana taknya, populasi dah terlalu ramai, satu billion lebih dah kot. Sila Wiki.

Eh jap habistu kalau lahir jugak camne? Kena sorok ke?
Hehe, ei mana boleh sorok. Sekarang zaman canggih.

Boleh je nak lahir lagi satu, tapi bak kata orang zaman sekarang,

"No Money No Talk la"

So, kerajaan depa bagi jugek lahir lebih anak, cumenye DENDA la.
Berapa?

Dendanye adalah sebanyak RMB5,000 Yuan= RM2, 500.
Boleh tahan.
Siapa loaded boleh la kot nak beranak banyak-banyak.

Tapi kalau tak berada, maka boleh jadi Abtar tu. Terputus zuriat. Serius tak best.

Kan best jadi Malaysian? :)))



Xie xie kpd tourist guide kami yg bernama Ah Li yg cukup banyak berkongsi maklumat dan ilmu.





Namanya Ah Li. Mati-mati ingat dia Islam, bunyi Ali masa dia approach. Kami pelik la awat dia ni tak reti nak solat dgn kami. Rupanya Budha. huu






#FAKTA DUA

Di China ada 56 suku bangsa, 20 lebih bahasa. Sila Wiki.
Tak ekstravagant pun kan?

Ni fakta yg cambest? Rakyat Malaysia kan suka kahwin kan.
Dan seperti banyak kata-kata kasanova Malaya

"Awek ni keliling pinggang aku jer"


Tapi di China berbeza sebab lelaki yang akan berebut perempuan,
Nape ek?
Sebab pasal beranak tadi kot.

Wait, aku tak pasti la samada sebab jumlah perempuan kurang ke apa? Ups sorryasif!
Sebab nisbah tentula perempuan lagi banyak.
Ups fakta yang tak best. Nantila bila aku dah ingat aku taipo ye.



#FAKTA TIGA

Kalau di Malaysia, kita boleh je nak tengok bangsa Cina everywhere kan?
Tapi di China, everysinglewhere pun ada, macam2 ada mukanya.
Kacukan Tibet ada, kacukan Pakistan ada, kacukan Tajikistan ada, macam2 muka la, tapi masih bertutur dalam Bahasa Mandarin.
Dan diorang jakun dengan org Malaysia, terutamanya yang pakai tudung.

Macam kita jakun tengok Mat Soleh. huhu (aku tak)

Kira full-chinese la.
Dan aku nak berkongsi tentang mereka ini sebab mereka power dari sudut mass-production(pengeluar barang MADE IN CHINA), kehebatan bisnes, ha jom tengok ni cara mereka yg amat ganas, ferocious, ruthless dalam mempromosi barangan mereka.

Ni masa pergi ke Silk Market:
Saksikan!


Ni la situasi kami sekeluarga masa shopping ole-ole kt Silk Market. Demi bisnes mereka sanggup tipu dan apa sahaja.

***

Ada sekali tu, kami dibawa ke kilang obat tersohor di China, pastu ada saleswoman berbangsa China yang boleh bertutur Bahasa Indonesia promote la barang2 obat dia, tiba2 dia bukak api kat dapur tepi dia, lalu diletakkan chain atas periuk leper tu. Pelik gak tengok makcik ni apasal nak panaskan rantai besi tu, tebal pulak tu. Bukan macam gelang sang-sang rempit pakai tu, tebal, utk kunci pagar kilang perabot!

Tiba-tiba ada ambik dan dia cakap dia nak buktikan keberkesanan obat dia, ada dua penolong dia ambik rantai besi tu then tarik. Dia tunjuk tangan dia bukan tangan palsu, dia suruh audiens rasa. Dia ambik kertas dia letak kat rantai besi tu. Serta merta terbakar kertas tu sebab kepanasan besi yg amat sangat.

Dia pun,

TENG!!!

Dia sentuh besi tu,
what the duck!

Mak aku dah berulang kali cakap "Ei apa ni dorang ni bisnes camni sakitkan diri sendiri"

Dia pegang besi tu(tapi sekejap je tak sampai sesaat, nampak merah ar tangan dia. Kalau dua saat pun boleh melecur.

Kat sini nak cakap bahawa, untuk bisnes memang mereka akan buat apa sahaja la untuk lakukan perniagaan.
Pengorbanan, taktik kotor, penipuan, semua untuk kepentingan bisnes mereka.
Itu perniagaan tersohor tu. Taktau la yang tak tersohor promote camne.

Mungkin sebab tu kita tengok Chinese kat Malaysia sekalipun, seawal subuh mereka dah bangun pagi gosok gigi makan nasi cari rezeki.

Barangkali bisnes itu Tuhan mereka, sebab majoriti rakyat China ni beragama Atheis yakni tidak beragama la sebab Atheisme kan kepercayaan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.


***

Baiklah, kita beralih kepada sudut DAKWAH pula.

Salah satu perkara yang mak aku pesan untuk buat ialah bila dah sampai atas Great Wall,
"Nanti Ummi nak anak-anak lelaki ummi semua azan bila dah sampai Great Wall, azan kan dakwah yang sempurna"

Aku pun iye-iye lah nak azan, tetapi ini yang terjadi:

Saksikan video ini


Lalu semput punya semput, nak turun punya la lebih penat daripada naik.
Kitorang pun terus terlupa nak laksanakan permintaan ibu kitorang, haha.

Takpe2, ade la tu hikmahnye.


NEXT,
tahukah anda di China terdapat lebih daripada SERATUS JUTA rakyat China yang beragama Islam. Last sekali aku tengok kt yutiyub ada 115 juta, sama je jumlah nya dengan rakyat Muslim di Indonesia.

Subhanallah, means dlm 1/10 rakyat China la

Dan apa yg terjadi ialah bila kitorang bagi salam tak ramai yang mampu jawab, mungkin salam mereka Ni Hao je kot. huhu

Jom tengok muka2 org Muslim di China.


Di restoran Muslim, seorang pemuda Muslim bagi salam, bunyi salam dia tentulah macam sa-chingchongchingchong-lam. hehe


 A Chinese praying at Tianjin Bhai International Airpot. (serius susah nak tengok Chinese Muslim solat open camni)


 Di Tiannanmen Squara, dataran merdeka China.


Stylo kan? Dari negeri mana tah mereka ni, taktau nak tanya macam mana.



Overall memang best la Republic of China. Mungkin faktor tourist guide jugak kot.
CUACA.

***


RUHiyah

Ha ni nak cerita sikit, nak jugek cerita.

Nak cerita ke tak eh?

Tak payah lah kot, yg penting tgh jatuh dan perlukan peningkatan ruhiah la.

Kalau baca 5 juzuk sepanjang trip ni sudah tentu rasa melonjak iman.



***

Segmen terakhir, tentang TAJRUBAH(pengalaman)

*Pengalaman yg paling best dari segi THAQOFAH, tengok acrobatic show la.
Best gile especially part Motorist masuk bola besar tu.

Saksikan:



*Selain itu, pengalaman first bercuti semasa Winter. Sejuk-sejuk pun still best.
Apapun sebab dah biasa merantau, rasanya cuaca Malaysia gak terbaik. :)


*Pengalaman ke Tian Nan Men Squara bersama Kakak, Timah.






*Kemudian main sepak2 mamat & angkat Kayah.


Jambatan di Summer Palace(taman utk Maharaja China lepak2 time musim panas)


*Jumpa ikhwah BFSU, cuma takde gmbr.



*Ni pengalaman paling best kot sebab berkaitan dengan dakwah,
Solat di Tianjin Airport, kurang-kurang Chinese yg tak pernah tengok orang solat dapat juga tengok kan.


Kak Ecah, Kak Timah & Kayah solat bersutrahkan tupperware besar


***

Saya rasa tu sahaja kot yg mampu dikongsi,
Serius best sangat Peking(nama lama bagi Beijing),
lebih2 lagi bersama family tercinta,
kata makcik saya,
China mempunyai nilai ketamadunan yg amat tinggi,
tapi nilai tu bukanlah kita nak kejar sangat,
yang mesti kita cari kemana pun,
itu dia Redha Ilahi!







Kawan setia aku dimana jua :)



No comments:

Post a Comment