Monday, March 26, 2012

Muharromat & Wajibat Sepanjang Cuti 6 Bulan!


OK geng!


Baiklah, baru ni saya dah share tentang Holiday Planning Structure kan?

huhu
macam Holiday Planner pulak deh~


Jadi selepas saya menganalisis,
saya dapati...



Saya dapati planning saya lebih tertumpu kepada pembinaan akal
atau saya lebih suka sebut sebagai

menaiktaraf otak ke arah kegeniusan yg genuine.
gitulah agaknye motto iyo


kita tengok lagi sekali ye,

HAFAZAN AL-QURAN [mujahadah linafsihi+sohihul ibadah]
BACAAN BUKU & HAFAZAN HADITH [muthaqqoful fikr]
 BLOGGING & AKTIVISME [nafi'un lighoirihi]
PLANNING [munazzomun fi shu-unihi]





so nampak, tak mencakupi kesepoloh-sapuloh muwassofat kan?
lima aje ade, ape cerite?


Jadi nak campak mana salimul aqidah. matinul khuluq, qodirun alal kasbi, qowwiy al jism, harisun alal waqt?



Untuk membina sifat Disiplin Menggunakan Waktu[harisun ala waqtihi] saya ada formula yg terbaik dari bendang!


iaitu 


iye itu, Ulama' yg expert tarbiyah dzatiyah pernah berkata:








"Cara terbaik seseorang menjaga masa 
adalah dengan menjaga waktu solatnya"








Setel dah kat situ dok, tinggal 4 lagi,


Ok,

untuk membentuk & memantapkan Aqidah menjadi Salim,

Khuluq menjadi Matin,

Jisim menjadi Qowiy macam Khalid Al Walid,

saya mewajibkan diri untuk melakukan perkara2 ini sepanjang hari,


WAJIBAT KU WAJIBAT MU JUA:


Ok, jap sebelum tu kita kena ada yg Daily, Weekly, Monthly.


DAILY
1. Bacaan 1 juz satu hari
2. Ma'thurot selepas asar
3. Istighfar 100x selepas subuh
4. Solat jemaah 5 waktu di surau
5. Recall hafazan 1 m/s selepas maghrib/isya'
6. Bantu ibu/kakak/adik perempuan buat kerja harian
7. Solat witir & solat duha



WEEKLY
1. Kuliah/ceramah 2x di surau/masjid
2. Puasa khamis
3. Hafaz satu hadith[hadith 40 al nawawi]
4. Umrah
5. Khatam 1 buku bacaan

p/s: Jangan tertipu dgn #4 itu pakej percutian yg ditaja oleh pengedar dadah, huhu
IKLAN: Jangan jadi keldai dadah! ;)



MONTHLY
1.  Qiyamullail 1x
2. Bergaul dgn masyarakat(bekwoh, kenduri dsb)
3. Gembirakan family(ajak riadah dll)






Nampak tak stylo tak wajibat2 ni?
Boleh je nak tiru, tapi ni level saya,
level Ninja Tirtle Biru.



mungkin saya boleh mentaati pemprograman yg telah saya install pada diri ini,
boleh jadi juga tak,
apa pun plan dah usaha kaw2,
kena doa sungguh2 je la,
moga Allah berkati plan ni!


Anda punye level misti lebih powerful daripada saya kan?


Saya tau, :)
nampak dah neuron-neuron otak anda sedang berlumba-lumba mencari planning yg sesuai dgn level anda!




So mencakupi tak tiga2 muwassofat yg saya sebutkan tadi?


Jadilah tu, daripada takde terus.



Baiklah, eh
tapi rasanya tertinggal satu,


Qodirun Alal Kasbi,
memiliki kemampuan usaha sendiri,
atau kalau orang Indonesia sebut,
Mandiri


em yang ni saya belajar time buat kerja-kerja harian bersama family,


nak masak lauk pauk, boleh belajar dgn ummi,


nak baking cake, boleh belajar dgn kayah [adik P saya]



nak tengok bola, boleh tengok dgn mamat [adik L saya]
(yg ni apa punya jenis berdikari tah)



nak belajar English, jumpa je pensyarah TESL termuda UKM, Kak Maryam
kakak sulung saya



nak jadi blogger yg hebat, cari je Kak Ecah


nak belajar marketing, berguru dgn abg baem,
businessman family


nak dapat income lebih sikit bisnes via FB/Blog, jumpa Kak Timah,
[teringat masa SPM melabur duit untuk berniaga di FB dgn Kak M, Kak T, Abg A]


nak apa semua ada?
Boleh berdikari lah mudah ceritanya,








Ok, nampaknye macam dah gempak kan planning(lagi gempak kalau tak buat langsung ikut plan) huhu

 ok ok ok 4 kali ok dah ni,


wajibat ni nampak macam boleh istiqomah dalam kebaikan kan??


Realitinya tidak geng!

Sekali lagi, 4 harokat beserta call-call-lah!

TIDAAAAQQ GENG!
hoho






Oleh itu, saya sertakan sekali MUHAROMMAT,

maknanya perkara2 yg saya larang buat diri sendiri,


kenapa ye saya sertakan muharromat sekali dlm planning saya?
sebabnya kalau dalam sehari tu kalau dah habis atau tengah free tak buat wajibat2 tu,

makanya habislah mulalah nak lagho,
cari tenet,
cari TV,
cari itu ini begitu begini.


Betul tak?


Untuk itu saya akan bentangkan perkara-perkara berikut:


DAILY
1. Saya tidaq bermain FB lebih daripada 2 jam
Penjelasan: Disebabkan sekarang FB adalah medium untuk buat macam-macam kerja, jadi saya peruntukkan sebanyak 2 jam untuk FB, sebab kalau tak hadkan habislah masa aku dimakan kesia-siaan.





2. Saya tidaq berlayar di Internet(including Youtiup, Blog, dsb) lebih daripada 2 jam
Penjelasan: Sebab selalunye bila dah mula menaip di Blog akan keluarlah semua dalam kepala. Kemudian kalau layan video di Youtiup pasti nak tengok semua video. Penglimitasi amat penting ye.
Kenapa 2 jam? Sebab Youtiup & Blog banyak sgt manfaat!

P/S: Saya haramkan diri untuk berlayar pada waktu malam. Malam saya bermula pada waktu Maghrib.



3. Saya tidaq nonton Televisi selain daripada TV Al Hijrah Channel #114
Penjelasan: Takdela nak bukak Al Hijrah all the day. Bukak jugek channel lain. Cuma Al Hijrah maknanya hadkan kepada penontonan program yg berunsurkan Islamiyah, Ilmiyah, Ruhiyah dll.
Kalau tengok muvi, habis tengok nak tengok satu muvi lagi.
Bahayo geng!





4. Tidur selepas subuh
Penjelasan: Alhamdulillah, dah boleh control kot insya-Allah. Lama betul mujahadah utk benda ni. Apapun sebabnya, masa mood rajin banyak waktu pagi la, kalau petang dah letih dan tak larat sangat.





Sekian saja, sorry jikalau ada terlupa apa-apa.





Apa lagi, mulalah ambil kertas & sketch your planning!


NOW OR NEVER.


Lebih baik lambat daripada tinggal atau tak buat terus.

(^____^)














P/S: Entri ini dihadiahkan khusus buat manusia-manusia yang sedang konflik bergelut dengan masalah pengurusan masa cuti. Tak kisah kepada anda-anda yang sedang cuti semester, cuti lepasan SPM, cuti sebetikel, apa-apa sahaja cuti yang terdapat banyak kerehatan padanya.

2 comments:

  1. pergh...tertarik dengan pelan wajibat tuh..memang da'BOMB !!!
    hehe...syukran kerana mengingatkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat ar fit, buat pulak! POST CEPAT!

      Delete