Thursday, March 22, 2012

Cuti Enam Bulan : Apa Target Saya?

Ni hao? Apo khabar semua? Sihat ye ;)

Harap penulis sihat belake, hoho

Sungguh2 buat perancangan ni, yelah.

6-month-holiday geeeeeeeeeeeeeng!!!

Tak nak cuti ni jadi penyesalan macam cuti2 terdahulu.

Lebih2 lagi masa cuti menjadi lepasan SPM.
Terisi tetapi tidak teratur.



Disini saya akan memperincikan segala perancangan untuk cuti supaya cuti ini tidak dinamakan
Cuti yang tak diberkati
tidak diberkati = tidak bernilai

Perancangan aktiviti saya terbahagi kepada lima:


1. Bacaan buku - 30 bijik (25 BM, 4 BI, 1 BA)
2. Hafazan Al-Quran - 6 juz
3. Blogging - 15 post ilmiah (10 BM & 5 BA/BI)
4. Aktivisme - Palestin, Syria
5. Hafazan Hadith - 30 Hadith dari Hadith 40 Al Nawawi


Semua ini demi membina ciri-ciri peribadi seorang Muslim atau lebih tersohor dgn nama MT10(10 muwassofat tarbiyah) ;)


1. BACAAN BUKU



Senarai nama buku:

Buku Bahasa Malaysia

  1. Khalid Memburu Syahid - Abdul Latip Talib
  2. Hadis-Hadis Pilihan - Muhammad Qutb
  3. Cara Hidup Islam - Sayyid Abu Al A'la Al Maududi
  4. Langkah Bermula(al Muntolaq) - Muhammad Ahmad Al Rashid
  5. Solat : Kelebihan Dari Perspektif Sains
  6. Air Mata Pembaca Al-Quran
  7. Fikir & Zikir - Sidek Baba
  8. Di Mana DIA Di Hatiku - Ustaz Pahrol Juoi
  9. Sehingga Para Pemuda Mengerti - Abdullah Nasih Ulwan
  10. Dakwah Fardiyyah : Teori & Praktikal - Syeikh Abdul Halim Al Kinani
  11. Dahsyatnya Taubat Nasuha
  12. 50 Tanda-Tanda Orang Munafik
  13. 50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-Kanak
  14. 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu
  15. Bara Islam Melalui Pembentukan Jemaah Akhir Zaman
  16. Jiwa Remaja : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
  17. Lorong Kematian
  18. Travelog Seorang Daie
  19. Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  20. Mengokohkan Aqidah Mengghairahkan Ibadah - Badi'uzzaman Said Al Nursi
  21. Hari-Hari Dalam Hidupku - Zainab Al Ghazali
  22. Panggil Aku Melaju - Rahmat Haroun Hasyim
  23. Kompas Cinta - A. Ubaidillah Alias
  24. Syarah Doa Robitoh
  25. Fiqh Dakwah 1 & 2 - Syeikh Mustofa Masyhur

Senarai Bahasa Inggeris

26. Apartheid Wall
27. The Odd Squad
28. Veronica Ganz
29. Pudgins


Bahasa Arab

30. Matan Al Bina'




KATEGORI BUKU

Novel : 6 buah (no. 1, 17, 18, 19, 21, 22, 28)
Ilmiah : 9 buah (no. 5, 7, 12, 13, 14, 16, 23, 26, 30)
Santai : 2 buah (27 & 28)
D&T : 8 buah (2, 3, 4, 9, 10, 15, 24, 25
Ruhiah : 4 buah (6, 8, 11, 20)

Memang saya sengaja lebihkan buku ilmiah memandangkan nak memasuki alam ijazah. :)



2. HAFAZAN AL-QURAN

Recall sebenarnya. Bukan hafal.

Sekarang dalam kepala otak ni ada juz 27, 28, 29, 30 je.

Jadi saya mahu tambah juz 26, 1, 2, 3, 4, 5.

Mac - Juz 26
April - Juz 1
Mei - Juz 2
Jun - Juz 3
Julai - Juz 4
Ogos - Juz 5

Insya-Allah, kena berlari sikit. Wuhuuuuu






3. BLOGGING

Disebabkan saya masih amateur, makanya saya taknak la maximise kan entri.

Lepak2 je.

Setiap bulan at least 3 post.
Tak kisah la berkenaan dengan buku yang baru dibaca ke, or apa saja yg ilmiah untuk dikongsi hasil daripada pemerhatian, pembacaan, pekerjaan, pengamalan, pengalaman, kisah, luahan hati(blog bukan diari bagi aku), isu semasa & etc.

Apapun, wajib ada BI & BA, kalau tak habis basi nanti Arabic & English.

Sebenarnya nak banyakkan post in English, sebab bila dah masuk ijazah banyak nak guna English dari Arab rasanya.

Cumanya sayang sangat dengan Arabic ni, taktau nak polish camne lagi.

Kena main skype dengan Pak Arab ar kot. huhu





4. AKTIVISME


Aktiviti ni tak kira beraktivis dengan masyarakat, buat sth kebajikan, ceramah, kuliah, apa-apa saja program yang memerlukan untuk keluar dari rumah.

Itulah yang difahami sebagai aktivisme. haha

Berkebun pun termasuk la.





5. HAFAZAN HADITH

Yang ni mudah je, bukan macam hafal hadith-hadith hukum karangan Ustaz Muhideen, Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan [promote lagi ha].

Nape saya hafal hadith 40, sebabnya, hadith 40 ni amat penting untuk diri seorang Muslim.

Imam Nawawi dah khususkan menjadi hadith-hadith terpilih yang amat penting untuk ummah.




Jadi, lepas korang baca cukup tak benda2 kat atas ni untuk bina MT10?

Tak cukup, makanya sepanjang di rumah saya mestilah ada
WAJIBAT & MUHARROMAT...

Bacakan sambungannya lin di atas ni  :)))

2 comments:

  1. Replies
    1. Hencik acap mesti lagi hjebat planningnya. Tapi kalau nak lagi hebat bagi Hencik Abu jadi holiday planner nya! hehe ;)

      Delete